April 18, 2024

Nikmati 10x Cukuran Sempurna Dengan Gillette Mach3 Baru

Review Gillete Mach3
Terasa cukuran anda selama ini kurang sempurna dan tidak kemas?

Pisau cukur pakai buang biasa yang anda gunakan menyebabkan kulit anda terjejas dengan kesan kemerahan dan kerengsaan selepas bercukur.

Apa penyelesaian yang perlu anda buat?

Tidak perlu terlalu mainstream bila bercukur untuk memastikan cukuran sempurna dalam masa yang sama melindungi kulit muka anda supaya hari anda lebih nampak berkenyakinan.

Kini, dengan Gillette Mach3 Baru anda tidak perlu risau lagi.

Review Gillete Mach3
Gillette Mach3 Baru – didatangkan dengan bilah pencukur yang lebih tajam dengan jalur pelincir dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat.

Anda kini tidak perlu risau kulit anda terjejas dengan kesan kemerahan dan kerengsaan selepas bercukur, terutama apabila bercukur dengan pencukur pakai buang biasa.

Dengan rangkaian Mach3 terbaru dari Gillette, ianya kini bukan lagi masalah.

Melalui tahap inovasi yang dipertingkatkan, ianya mampu memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat, walaupun pada cukuran yang ke-10.

Apa yang menarik mengenai Gillette Mach3 Baru?

Review Gillete Mach3

Gillette Mach3 Baru hadir dengan bilah lebih tajam.

Menggunakan daya potongan yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan kerengsaan dan kesan kemerahan selepas bercukur.

Tidak lupa juga, Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar.

Direka untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas” untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.

Review Gillete Mach3
Teknologi salutan bilah pencukur yang maju, Teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur yang halus dan mengurangkan daya potongan.

Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.

Review Gillete Mach3

Rangkaian Gillette Mach3 yang baru mendapat manfaat daripada 7 ciri-ciri tersebut :-

  1. Pisau 3 bilah – dimana bilah pencukur pertama mampu menark rambut keluar dari folikel kulit untuk membenarkan dua bilah pencukur yang lain mencukur rambut hingga ke akarnya.
  2. Pemegang spring individu – melaraskan tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza untuk memberi pengalaman bercukur yang selesa.
  3. Pelindung kulit – ianya lembut dan fleksibel untuk melicinkan kulit sebelum dicukur.
  4. Pengalihan daya – berbeza dengan pisau cukur pakai buang, ianya mempunyai pangsi hadapan untuk mengalihkan daya agar menjauhi bilah pencukur.
  5. “Open architecture” – memudahkan katrij dibilas dan dibersihkan.
  6. Pemegang Gillette Mach3 yang ergonomic memberikan pegangan dan kawalan yang kukuh, walaupun dalam keadaan basah.
  7. Sistem cantuman tunggal – menghubungkan pemegang kepada katrij bilah pencukur berputar dengan mudah, lalu menempatkan katrij ke atas kulit dengan selesa.

Review Gillete Mach3
Cukuran terbaik, membolehkan anda mendapat kulit terbaik. Pastikan setiap cukuran anda disempurnakan dengan Gillette Mach3.

Rangkaian Mach3 terdiri daripada :

  • Gillette Mach3 (RM15.90)
  • Gillette Mach3 Sensitive (RM17.90)
  • Gillette Mach3 Turbo (18.50)

Anda kini boleh mendapatinya di semua cawangan jualan utama bermula Ogos 2016.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :

Laman Web : www.gillette.com
Facebook : www.facebook.com/GilletteMalaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Nikmati 10x Cukuran Sempurna Dengan Gillette Mach3 Baru

Leave a Reply to Kereta Sewa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *