You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > COOLHIJAB Menang Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo (JDIE)

COOLHIJAB Menang Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo (JDIE)

COOLHIJAB Menang Gold Medal 2016 JDIE
Produk keluaran anak tempatan, COOLHIJAB telah memenangi Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE yang berlangsung di Jepun pada 26-28 Ogos 2016 lepas.

Secara tidak langsung, ia telah mengharumkan nama Malaysia di tanah negara matahari terbit. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Mr. Hsieh Hsin-Ming, World Invention Intellectual Property Associations.



Pasukan CoolHijab bagi pasaran global dianggotai oleh Nor Mohd Hafiz Mansor selaku Founder CoolHIjab ,Mohamed Zarimi Bin Mohamed Zahidi dan Azinuddin Che Mud selaku rakan Kongsi, dan juga Professor Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah dari UniMap Perlis.

Produk CoolHijab telahpun bertanding bersama lebih 1400 penyertaan dari seluruh dunia dalam pengekelasan jenama dan inovasi tersendiri.

International Innovation Achievements - Haller Pro Inventio Foundation

Apa yang menariknya,

Produk CoolHijab telah memenangi 2 anugerah iaitu Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo-JDIE dan Anugerah Khas dari Poland iaitu ‘International Innovation Achievements – Haller Pro Inventio Foundation’.

Amik kau, 2 anugerah terus. Tahniah kami ucapkan…!!!

Baca : Penulis Bersama Pengasas CoolHijab – Hafiz Mansor.

Pengasas COOLHIJAB – Hafiz Mansor Dikecam Nitizen

Pengasas COOLHIJAB - Hafiz Mansor Dikecam Nitizen

Hafiz Mansor menerima kencaman dari nitizen akibat status facebook beliau mengenai “Tips dan Panduan ke Perlis” yang tidak dapat diterima oleh haters.

Kerana ramai yang terasa, Facebook anak kelahiran Perlis berumur 32 tahun yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dyazara Secret disuspend oleh pihak Facebook.

Post lebih berunsurkan santai dan humor itu telah di salahtafsirkan oleh ‘haters perlis’ beliau sehingga mengudang kontroversi besar.

Post tersebut mendapat ribuan share dan menjadi isu sentap kerana melibatkan status negeri. Ramai yang tak kenal seni penulisan Hafiz, malah juga beliau pernah di provoke sebagai Amran Fans juga Sultan Melaka Fans.

Bagaimanapun Facebook beliau telah dikembalikan.

Hafiz Mansor Buktikan Status Muflis Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Hinaan, cacian dan makian menjadi lauk beliau sepanjang 3 minggu ini, namun tak kurang juga mendapat sokongan dan galakan dari rakan taulan juga nitizen yang berakal.

Isunya ialah, sungguhpun anak kelahiran Perlis ini berstatus muflis, ia bukan lah halangan untuk beliau bangkit membanggakan negerinya. Apatah lagi dengan niat mengharumkan nama Perlis ke mata dunia.

Baca : Ebook Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya (Kisah Sebenar Disebalik Kejayaan Hafiz Mansor)
Pasukan CoolHijab bagi pasaran global
Dunia patut kenal Perlis lebih dari sekadar ‘Harum Manis’. Biarlah Perlis kekal harum subur di hari, lebih harum dari penggunaan CoolHijab di kepala.

Justeru, Kejayaan ini dari anak Perlis didekasikan buat negeri tercinta juga menjadi Inspirasi buat anak muda di luar sana untuk terus lebih maju kehadapan. Kejayaan ini juga menaikkan nama Malaysia dimata dunia.

Jika ditanah air apa yang kita buat tidak dihargai, tak mengapa. Ianya bukan masalah kerana diluar sana sudi meraikan dan menghargai kreativiti kita.
CoolHijab Menang 2 Anugerah
‘Panas kepala, kepala serabut? lekaih pakai CoolHijab. Haters will be haters, just Keepin your hair cool with Cool Hijab.’

Web: www.coolhijab.com
Email: dyazarasecret@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/CoolHijabOfficial
Instagram: www.instagram.com/coolhijabofficial

Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya – Hafiz Mansor

Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya - Hafiz Mansor

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana seorang yang telah diistiharan Bankrup boleh bangun semula dan jadi lebih berjaya dan kaya.

Semuanya dikongsikan dalam ebook setebal 400 muka surat, dimana ia menceritakan apa yang pernah lalui dari kecil sampai lah brader ini besar sekarang.

Ebook dia ni bukan setakat bercerita dengan gaya sahaja, tapi macam-macam. Ada sedih, ada motivasi, ada pengajaran, ada tips, ada lucu. Gambar juga dari tahun 2000 sehingga kini dia masukkan. Cerita pula 100% dia tulis sendiri dari hati dan pengalaman.

Bankrup pula ketika usia 30 tahun.

Hilang segalanya. Dia jadi murung, sedih, kecewa tapi bagaimana dia bangkit semula dalam tempoh yang singkat? Apa yang dia buat? Ha, tu kenalah beli ebook ni.

Hafiz Mansor - Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. CoolHijab

Harga ebook ni hanya RM60.

Siapa-siapa yang beli ebook ni juga akan dapat buku fizikal yang boleh kita pegang dan simpan. Ebook dapat, Buku pun dapat.

Sebab beliau tahu, bukan semua orang suka baca ebook. Mereka lebih suka baca sesuatu yang fizikal.

Order buku / ebook “Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya” pada harga RM60.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “COOLHIJAB Menang Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo (JDIE)

Leave a Reply

Top