You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

17,411,686 total views, 81 views today

8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Honor 8 with Bro Framestone
Pastinya anda ternanti-nantikan My Cybersale yang akan berlangsung di Lazada.

Untuk menghangatkan suasa, Bro ingin memperkenalkan honor 8 yang turut dijual di Lazada sempena My Cybersale kali ini.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa Bro beria-ia mengajak anda untuk mendapatkan Honor 8 sebagai telefon pintar terbaik bagi suku akhir tahun 2016 ini.

Di sini, Bro kongsikan 8 sebab kenapa anda perlu dapatkan Honor 8.

1- Dwi Lensa Kamera Hadapan Buat Kaki Selfie
Majlis Pelancaran honor 8 bagi pasaran Malaysia
Ia dilengkapi dengan dwi lensa kamera hadapan untuk penghasilan mutu gambar 8MP yang berkualiti sesuai untuk ‘kaki selfie’.

Ianya mampu membantu anda mendapatkan selfie terbaik walaupun anda mengambil gambar ketika berada dalam keadaan cahaya yang malap.

Dalam masa yang sama, anda boleh pertingkatkan gambar selfie anda dengan menggunakan Perfect Selfie Mode.
8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8
Itu baru kamera hadapan. Bagaimana pula denga kamera belakang?

Honor 8 menggunakan 2 lensa 12MP untuk mendapatkan lebih cahaya bagi menghasilkan gambar berwarna yang lebih memukau.

Kedua-dua lensa ini hadir dengan rekaan dalaman ISP, ianya akan mengukur lebih dalam bagi mendapatkan ketepatan dan memastikan tetapan fokus lebih pantas bagi tangkapan lebih mendalam (depth-of-field)

2- Rekaan & Warna Menarik
honor 8 Malaysia
Honor 8 menampilkan rekabentuk ‘versatile’ yang berkilau diselaputi kaca depan dan belakang, menyerlahkan ‘trendy’ digital masa kini.

Ini menjadikan ia sesuatu yang menarik pada Honor 8 ini, dimana pantulan cahaya yang dihasilkan pada 2.5D glass dan logam pada belakangnya yang mampu memukau pandangan mata anda.

Honor menekankan kepada rekaan astetik berasaskan kepada Aurora yang menawarkan pantulan cahaya berbeza mengikut pandangan dari sudut berbeza.

Honor 8 hadir dengan 4 variasi warna, yakni ‘Pearl White’ dan ‘Midnight Black’. Manakala bagi warna premium warna ‘Sapphire Blue’ dan ‘Sunrise Gold’.

Mana satu pilihan anda?

3- Fungsi 3D Fingerprint
8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8
Telefon pintar ketika ini lebih mementingkan keselamatan kepada penggunanya.

Tidak ketinggalan buat Honor dimana sistem cap jari (Fingerprint) telah diperkenalkan buat beberapa model mereka terdahulu dan ia telah dipertinggalkan bagi Honor 8.

Dengan fungsi pengenalan cap jari yang telah dipertingkatan, membolehkan algoritma cap jari anda dikumpul secara 3D.

Membolehkan anda unlock telefon pintar dalam tempoh 0.4 saat, tidak kira bagaimana kedudukan jari anda disentuhkan pada pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakangnya.

4- Honor 8 Lebih Eco-friendly

Honor 8 Eco-Friendly

Sekiranya anda merupakan seorang pencinta alam,

Honor 8 mematuhi piawai UL 110 pada level Platinum dan memenuhi standard kemampanan yang diiktiraf industri.

Manakala kotaknya dibuat daripada FSC – kertas yang diiktiraf membuktikan Honor menokong kaedah pengurangan penerbangan hutan.

Semua tulisan pada kotak dan kertas dicetak menggunakan dakwat berasaskan kacang soya.

5 – Honor 8 For The Brave
Honor For The Brave

Untuk pengetahuan anda, honor 8 sama juga seperti honor terdahulu hanya untuk mereka yang berani (For The Brave).

Jika anda berani seperti saya, Honor 8 adalah jawapannya.

Lagipun, ianya mempunyai ‘Smart Power 4.0’, yang mampu berikan jangka masa penggunaan lebih lama berbanding model sebelumnya dengan kelebihan mengecas lebih pantas (47% dalam tempoh 30 minit).

Baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam sekiranya mainkan video offline.

Kenapa Bro katakan honor 8 hanya untuk mereka yang berani (For The Brave)?

Anda mampu membuat 2 jam panggilan telefon atau 6 jam layari muzik secara offline dengan hanya mengecas Honor 8 dalam masa 10 minit.

6- Bermain Pokemon Go pada Honor 8
Main Pokemon Go di Honor 8
Bagi Bro, pemilihan telefon pintar buat masa kini semestinya bersesuaian dengan trend semasa.

Tak sangka, Bro mampu bermain Pokemon Go secara aktif (Hampir 7-8 jam dengan menggunakan fungsi penjimatan bateri pada aplikasi Pokemon Go) tanpa menggunakan Power Bank.

Seperti yang Bro nyatakan dalam point ke-5, honor 8 hanya untuk mereka yang berani (For The Brave) macam Bro. Siap switch 2 akaun sewaktu bermain tanpa lagging.

Honor 8 mempunyai 2 antena yang melancarkan lagi penerimaan isyarat komunikasi, membolehkan anda menerima liputan yang terbaik.

Dengan Smart dual-bank Wi-Fi switching, ianya menyokong sambungan 2.4/5 GHz.

7- Harga Honor 8 (Bagi Pasaran Malaysia)Majlis Pelancaran honor 8 bagi pasaran Malaysia
Terdapat 2 variasi harga honor 8 yang terdapat dipasaran Malaysia.

Bagi telefon pintar dengan ‘storage’ 32GB, ianya berharga RM 1699.00 dengan pilihan warna ‘Pearl White’ dan ‘Midnight Black’.

Manakala 64GB pula berharga RM 1899.00 dengan warna ‘Sapphire Blue’ dan ‘Sunrise Gold’.

Bagi Bro, harganya tidak beberapa mahal jika dilihat pada spesifikasi yang terhadap pada Honor 8 berbanding telefon pintar yang lain.

Sekiranya, anda membeli Honor 8 di Lazada, anda layak untuk dapatkan FREE GIFT yang berbaloi untuk anda miliki.

8- ‘Free Gift’ Bila Beli Honor 8 di Lazada
Sebagai rakyat Malaysia, pastinya anda inginkan sesuatu yang PERCUMA.

Untuk pengetahuan anda, dengan pembelian Honor 8 di Lazada, melayakkan anda mendapat FREE GIFT yang pasti berbaloi untuk anda miliki.

  • Honor 8 32GB (Black or White) – RM1,699 : FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM326)
  • Honor 8 64GB (Gold or Blue) – RM1,899 : FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM575)

Berbaloi bukan?

Jangan lepaskan peluang ini, anda boleh dapatkan honor 8 di Lazada sekarang!!

Untuk pengetahuan anda, Lazada’s My Cybersale akan berlangsung dari 26 – 30 Sept 2016. Layari http://www.lazada.com.my/mycybersale/ untuk maklumat lanjut!

Lazada My Cybersale

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Leave a Reply

Top