April 25, 2024

Unboxing honor 5C – Peranti Berteknologi 16nm Berharga RM799


Hari ini, Bro ingin kongsikan beberapa gambar dan video unboxing honor 5C yang baru diterima dari honor Malaysia.

honor 5c merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 yang direka menggunakan teknologi 16nm menjaminkan penjimatan penggunaan bateri.

Secara tidak langsung, menjadikan honor 5C satu-satunya peranti yang menggunakan cip pemprosesan 16nm pada harga dibawah RM1,000.
Unboxing honor 5C
Disebabkan spesifikasi dan harganya yang murah. Ianya terjual melebih 9,000 unit sewaktu pada fasa Pre-Order di Malaysia.

Baca : Jualan honor 5C Cecah 9,000 Unit Sejak Dilancarkan di Malaysia

Unboxing honor 5C

Unboxing honor 5C
Kamera hadapan honor 5C dilihat telah dipertingkatkan kepada sensor 8MP f/2.0 berbanding 5MP f/2.4 pada honor 5X sebelum ini.

Seperti honor 5X, ia juga hadir dengan lensa lebar 88-darjah dalam membantu anda mengambil gambar selfie secara beramai-ramai.

Nanti, kalau korang jumpa Bro,

Jangan lupa ajak selfie ramai-ramai. Kalau tidak, Bro hanya dapat selfie dengan anak-anak je.
Unboxing honor 5C
Bagaimanapun honor 5C masih mengekalkan sensor 13MP f/2.0 seperti Honor 5X pada kamera di bahagian belakang.

Cuma dari segi prestasi, Honor 5C dilihat lebih berprestasi cemerlang apabila melibatkan kawalan cahaya dan warna.
Unboxing honor 5C
Masih mengekalkan fungsi pengimbas cap jari.

Dikatakan ianya merupakan resepi kepada model honor terdahulu sentiasa mendapat tempat di kalangan pengguna terutama pada peranti dibawah harga RM1,000.

Paling ketara,

Bila diumumkan honor 5C dijual pada harga dibawah RM800, lagi laku dibuatnya.
Unboxing honor 5C

honor 5C dijual pada harga RM799 bagi warna Grey dan Silver, manakala warna Gold pula pada harga RM849. Sekaligus menjadikan ia salah satu peranti terbaik bagi golongan pertengahan pada harga dibawah RM1,000

Lebih kurang dengan model terdahulu, honor 5C hadir dengan one-to-one exchange policy bagi tempoh 6 bulan dari honor Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Unboxing honor 5C – Peranti Berteknologi 16nm Berharga RM799

Leave a Reply to mr games Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *