Peraduan Dutch Lady “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

16,901,928 total views, 1,485 views today

Peraduan Dutch Lady “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Peraduan Dutch Lady Mak Kata, Saya Anak Bijak
Ibu-ibu, kongsikan pesanan Mak Kata anda!

Sertai peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak Dutch Lady dan rebutlah peluang bertemu dengan Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana.

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menyeru para ibu di Malaysia untuk berkongsi pesanan dan kata-kata hikmah dalam kempen terbaru Dutch Lady iaitu: Mak Kata, Saya Anak Bijak dan berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana dalam majlis jamuan teh.

Kempen ini turut menyediakan hadiah wang tunai RM50 untuk 250 orang peserta yang pertama pada setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

Peraduan Dutch Lady “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Mak Kata Anak Saya BijakPeraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” adalah platform yang sempurna untuk para ibu berkongsi pesanan mak kata yang lucu, menarik atau mengharukan di mana berkaitan dengan kepetahan, kepintaran dan daya imaginasi anak-anak mereka.

Seramai sembilan pemenang bersama ahli keluarga mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti terkenal yang juga merupakan seorang ibu iaitu Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana sewaktu jamuan teh.

Semua pemenang juga akan membawa pulang sebuah kamera instan untuk merakamkan kenangan manis bersama-sama keluarga mereka.

Selain itu, 250 penyertaan yang pertama pada setiap minggu akan menerima hadiah tunai bernilai RM50 bagi setiap penyertaan (Tertakluk kepada terma dan syarat), dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.

Cara penyertaan adalah mudah; anda hanya perlu:

  • Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g);
  • Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my);
  • Masukkan petikan “Mak Kata” kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat pintar si manja anda; dan
  • Klik ‘HANTAR’!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, sila layari laman Smart Moment Dutch Lady Malaysia di https://www.smartmoments.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *