You are here
Home > Gathering Geng Blogger > Dinner Bersama Pengomen Blog Deqnoor.com di Ideaa Station

Dinner Bersama Pengomen Blog Deqnoor.com di Ideaa Station

Dinner Pengomen Blog Deqnoor Ideaa Station
Hampir tiba ke penghujung bulan ogos,

Baru dapat dikumpulkan kesemua pengomen tegar blog DeqNoor.com sepanjang bulan January – June 2016 untuk makan malam bersama pemilik blog.

Lokasi pilihan kali ini, adalah Ideaa Station yang terletak di U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Ini merupakan kali pertama Bro datang ke sana. Rupanya tak beberapa jauh dari ofis kenalan Bro. Patutlah rasa macam familiar je dengan nama lokasi ini.

Ideaa Station – U8, Bukit Jelutong, Shah Alam

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong

Nampak cantik je hiasan dalamnya.

Dengar cerita, pemiliknya merupakan seorang arkitek dan tiada sebarang pengalaman dalam peniagaan berasaskan F&B.

Perkataan IDEAA itu sendiri merupakan gabungan huruf pertama nama pemilik suami isteri dan juga anak-anak mereka.

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong
Antara menu ala carte yang disajikan di sini.

Langkah Kanan Kami di Ideaa Station

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong

Ideaa Station, Jalan Bazar, U8/100 Bukit Jelutong
Rezeki kami sewaktu hadir tempoh hari dimana, pihak Ideaa Station menyediakan Buffet untuk kami dan juga untuk pelangan yang telah menempah awal.

Kiranya, kami semua langkah kanan dan tidak perlu memesan ala carte.

Meriah bukan..!!

Bagi yang berminat atau ingin datang ke sini, anda boleh rujuk maklumatnya di bawah ;-

Ideaa Station
4-G-07 D’vida Jalan Bazar U8/100,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,
Selangor.

Bicara Bro : Setiap tahun, blogger Deq Noor akan menghargai pengomen di blog beliau dengan mengadakan makan-makan 2x setahun.

Selalunya bagi pengomen diantara bulan Januari – Jun dan Julai – Disember. Alhamdulillah, Bro tidak pernah miss sejak dari tahun 2012 hingga kini.

Teringin? Apa kata, anda start meninggalkan komen di blog www.deqnoor.com bermula hari ini (walaupun dia jarang update blog he…23x)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Dinner Bersama Pengomen Blog Deqnoor.com di Ideaa Station

Leave a Reply to deq noor Cancel reply

Top