April 18, 2024

Singgah di Kafeteria Aunty Tartlets, Seremban 2

Aunty Tartlets, Seremban 2
Bersemangat Bro drive dari Rawang menuju ke Seremban 2 diawal pagi semata-mana ingin menikmati Nasi Lemak bersama dengan Teh O pada harga RM1.50

Malangnya, Bro sampai-sampai kedainya belum buka lagi.

Eh, Bro bukan turun Seremban 2 semata-mata ingin nikmati sarapan pagi pada harga RM1.50, tetapi ada event dekat sana.

Ini semua salah Sally Samsaiman yang telah meracun kami dengan Nasi Lemak + Teh O = RM1.50 di Kafe Aunty Tartlets yang dikongsikan di blog beliau.

Baca di : Sukakan desserts? Korang kena kunjungi Auntie Tartlets di Seremban 2!

Aunty Tartlets, Seremban 2

Selepas habis event,

Baru kami ke sana untuk menikmati makan tengahari (lunch). Kira nak cover balik kekecewaan pagi tadi.

Murah rezeki kami hari ini, dapat pula berjumpa dengan owner kedai dan juga dapat diskaun he…23x

Aunty Tartlets, Seremban 2
Minuman yang Bro order?

Semestinya Lemonade Soda… Hilang dahaga sekejab (Panas juga cuaca di Seremban 2).

Aunty Tartlets, Seremban 2

Aunty Tartlets, Seremban 2
Apa pula yang Bro makan?

Bro order Aglio Olio dan juga Spaghetti Carbonara.

Sambil makan sambil berbual santai bersama pemilik dan juga rakan blogger yang pergi ke event tadi.

Nampak sangat kami ini, memang rajin berbual. Ada je benda nak disembangkan dan dimakankan he…23x

Aunty Tartlets, Seremban 2
Bergambar dihadapan kedai bersama pemiliknya.

Sekiranya anda ke Seremban 2, anda boleh singgah makan di sini.

Kafeteria Aunty Tartlets

No. 173, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
(berhampiran Centrio, bersebelahan Butik Mawaddah dan Floor Depot)

Tel : 06-601 1515
Facebook : https://www.facebook.com/AuntyTartlets173/
Instagram : https://www.instagram.com/Aunty_Tartlets/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Singgah di Kafeteria Aunty Tartlets, Seremban 2

Leave a Reply to Sally Samsaiman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *