April 26, 2024

Lebih 6,000 Peserta Sertai IJM Land Half Marathon 2016

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2
Lebih 6,000 peserta menyertai acara larian IJM Land Half Marathon 2016 yang berlangsung di Dataran Centrio, Seremban 2 baru-baru ini.

Ia merupakan edisi ke-5 acara marathon tahunan anjuran IJM Land Berhad.

Yang menariknya, penyertaan acara marathon ini terdiri dari komuniti penduduk Seremban 2 dan kawasan sekitarnya dimana ianya telah ditutup pada bulan 3 tempoh hari.

Sambutan yang menggalakkan ini, menjadi penanda aras untuk IJM Land merialisasikan ianya pada tahun akan datang.

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2

Kutipan yuran penyertaan bagi edisi kali ini, disumbangkan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia dan Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan.

IJM Land Half Marathon 2016

Acara marathon kali ini turut memperkenalkan Piala IJM Land Half Marathon Challenge buat pertama kalinya.

Ianya bagi meraikan pelari terpantas bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat 3 tahun berturut-turut.

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2

Dato’ Soam, CEO IJM Corporation Berhad bersama pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016, Lim Khon Seng (kiri) dan Danielle Nant memegang ‘challenge trophies’ disertai maskot Baby Dino.

Bagi pemenang tempat pertama hingga ke 10 kesemua kategori mendapat Sworke Optimus eyewear (two frames with Revo Lens), manakala kesemua peserta mendapat goodie bag dari penaja platinum BMW Millennium Welt Seremban termasuk medal dan sijil penyertaan.

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2016, Seremban 2

Selain itu, terdapat cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah bernilai lebih RM25,000 untuk dimenangi termasuk Sworke Primus polarised lenses dan hadiah utama Apple iPhone 6s dan LG LED Smart TV.

Insya’lah IJM Land half Marathon 2017 dijangkan akan berlansung pada 13 Ogos 2017. Jangan lupa untuk sertainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2016 ini, anda boleh layari www.ijmlandrun.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Lebih 6,000 Peserta Sertai IJM Land Half Marathon 2016

Leave a Reply to zulhilmi tempoyak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *