Renew AEON Member Card
Baru-baru ini terpaksa renew AEON Member Card yang telah tamat tempoh.

Rugi kalau tak renew. Nanti tak dapat menikmati parking percuma dan diskaun keahlian untuk produk tertentu yang dijual di AEON.

Murah je harganya.

RM12 untuk tempoh setahun dan RM24 untuk tempoh 3 tahun. So Bro pilih untuk 3 tahun. Rezeki Bro, renew betul-betul time nak dekat raya. So dapat la kad edisi istimewa perayaan.

Apa kelebihan memiliki kad ini? Anda boleh baca di AEON Member Benefits.

Bagi Bro, memang berbaloi-baloi terutamanya bila Pasaraya AEON merupakan lokasi kami sekeluarga setiap minggu.

Tahukah anda, kini anda boleh menikmati tawaran istimewa di Nando’s Malaysia dengan menunjukan AEON Member Card sewaktu membuat pesanan?

Anda boleh baca di Tip Berjimat Bersama Nando’s Malaysia.