March 19, 2024

Penyelamat Raya – Innergie LifeHub Cas 3 Peranti Serentak Lebih Pantas

Innergie LifeHub - 3 Port Mobile Super-Speed Charging Hub
Tahun ini, cuti raya lebih bermakna dengan adanya penyelamat raya ini – Innergie LifeHub.

Innergie LifeHub ini direka khas bukan sahaja boleh mengecas 3 peranti dalam satu masa, bahkan dapat mengecas lebih pantas dari kebiasaan.

Yang pasti, ianya tidak memberikan kesan sampingan kepada peranti anda sewaktu mengecas.

Selepas ini, anda dapat menjimatkan masa untuk mengecas powerbank, tab anda telefon pintar anda tanpa perlu berebut plug dengan adik-beradik yang lain.
Innergie plug extension
Selama ini, bawa plug extension bila pulang berhari raya. Itu pun dah penuh digunakan.

Zaman sekarang telefon pintar bukannya sorang sebiji. Kadangkala sampai 2-3 biji. Pakai sekejab, dah habis bateri. Masing-masing berebut nak mengecas.

Rasa menyirap bila kita ingat telefon kita tengah cas, rupanya ada orang lain tengah mengecas telefon dorang. Stress je rasanya.

Betul tak?

Innergie LifeHub Plus

Innergie merupakan salah satu produk daripada Delta Electronics (Netherlands) B.V Zandsteen The Nertherlands. Setiap pembelian Innergie LifeHub Plus ini disertakan sekali jaminan selama 3 tahun.

Innergie LifeHub - 3 Port Mobile Super-Speed Charging Hub

Innergie LifeHub - 3 Port Mobile Super-Speed Charging Hub

Innergie LifeHub - 3 Port Mobile Super-Speed Charging Hub
Ia juga mengutamakan ciri-ciri keselamatan dalam pembinaannya.

Innergie LifeHub Plus menggunakan teknologi perlindungan tenaga built-in Innershield yang dapat melindungi pengguna daripada lebihan arus, lebihan voltan, lebihan suhu dan litar pintas.

Innergie LifeHub - 3 Port Mobile Super-Speed Charging Hub
Rekaan dan designnya juga menarik.

Ianya dihasilkan dengan menggunakan material yang ringan dan selamat. USB Hub Plus ini akan mengeluarkan cahaya jika tenaga elektrik dialirkan kepadanya.

Menarik bukan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.myinnergie.com/us/product/11. Nantikan ia berada di pasaran Malaysia, tidak lama lagi ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Penyelamat Raya – Innergie LifeHub Cas 3 Peranti Serentak Lebih Pantas

  1. Menarik dan mmg memudahkan… sekarang klu smartphone atau gadget habis bateri mmg rasa kelam dunia especially time2 raya ni… innergie lifehub ni mmg sgt2 membantu… tak perlu berebut nak charging gadget2 yg ada.

  2. betul la, zaman sekarang ni, kalau balik kampung, memang kena bawak extension. sorang adik beradik, bawa kadang lebih 1 hp, dengan powerbank nye lagi. belum kira anak-anak punya lagi. tapi betul la, part kita cas hp, kena pulak waktu tu, bateri cukup-cukup nyawa je. tinggal sekejap, pastu tiba datang nak tengok handphone balik, ada orang lain cas. fuh! rasa macam nak rebus je handphone orang tu. hehehe
    http://www.ceritaejoy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *