You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > OPPO F1 Plus FC Barcelona Dilelong Pada Harga RM43,398

17,430,829 total views, 4,673 views today

OPPO F1 Plus FC Barcelona Dilelong Pada Harga RM43,398

OPPO F1 Plus BC Barcelona Edition at RM43K
Melalui jualan lelong amal, OPPO F1 Plus BC Barcelona edisi tanda tangan pemain terjual pada harga RM43,398 di laman Gemfive.com.

Menjadikan edisi F1 Plus FC Barcelona termahal dalam jualan OPPO di rantau Asia Tenggara.

Telefon OPPO F1 Plus Barcelona Edition ini mempunyai tanda tangan dari pemain Barcelona yakni, Lionel Messi, Neymar Jr. dan Luis Suárez.

Hasil dari jualan lelong ini, akan didermakan kepada “30 Hour Famine” by World Vision, sebuah gerakan belia global terhadap kebuluran dan kemiskinan.

Kini, hanya tinggal 9 unit telefon pintar F1 Plus FC Barcelona [Standard] Edition (tanpa tanda tangan) yang akan dijual pada harga RM2,098.

Malangnya, ianya hanya akan dijual kepada mereka yang terlibat dalam lelongan amal terdahulu berdasarkan siapa yang terawal.

Sumber : Gabra.my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “OPPO F1 Plus FC Barcelona Dilelong Pada Harga RM43,398

  1. Jika saya mampu memang mahu juga nak beli satu supaya nilai eklusif itu ada…dan boleh dijual balik untuk kerja lelongan amal..

    hasilnya nanti boleh disedekah agar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..

    terpulang kepada gaya hidup mewah masing-masing..

    kalau saya memilih gaya mewah yang pemurah kerana bersedekah itu memberi nikmat kebahagiaan si pemberi dan si penerima..

Leave a Reply

Top