March 29, 2024

IJM Land Half Marathon 2016 Tawar Piala Bagi Pelari Terpantas

IJM Land Half Marathon 2016
IJM Land Half Marathon 2016 akan berlangsung pada 14 Ogos 2016 ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari komuniti dan orang awam.

Hingga kini, terdapat lebih 6,000 penyertaan diterima sejak pendaftarannya dibuka.

Buat pertama kalinya tahun ini,

Pelari lelaki & perempuan terpantas bagi acara ini bakal didambakan Piala Cabaran IJM Land Half Marathon.

Dengan tujuan untuk meraikan saat kegemilangan, Piala Cabaran yang unik ini akan diberikan kepada lelaki dan wanita yang berada di kedudukan teratas bagi kategori yang mereka sertai untuk 3 tahun berturut-turut mulai tahun ini.

IJM Land Half Marathon 2016 01
Pada majlis ini, turut hadir wakil dari BMW Millennium Welt Seremban selaku Penaja Platinum bagi IJM Land Half Marathon 2

Mereka menyediakan beg cenderahati yang mengandungi Medal rekaan tersendiri bagi mereka yang berjaya menamatkan larian berserta sijil penghargaan.

Manakala bagi Sworke selaku penaja utama, mereka akan menyumbangkan 60 pasang Sworke Optimus (2 frame with Revo Lens) buat pelari yang berada dalam senarai Top 10 bagi setiap kategori.

Termasuk juga 10 pasang Sworke Primus bersama lensa Polarised bagi hadiah cabutan bertuah.

IJM Land Half Marathon 2016 00

IJM Land Half Marathon 2016 melibatkan jarak 21KM (Half Marathon) bagi kategori lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas, begitu juga bagi kategori junior berumur 12 – 17 tahun.

Turut disertakan kategori 10KM Fun Run bagi lelaki dan wanita.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2016, anda boleh layari www.ijmlandrun.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “IJM Land Half Marathon 2016 Tawar Piala Bagi Pelari Terpantas

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *