March 29, 2024

Blogger Movie Day Out : Zack Kapcai di eCurve, Damansara

Blogger Movie Day Out : Zack Kapcai
Dah lama tak anjurkan Blogger Movie Day Out.

So baru-baru ini, HyeBro! / BRO – Blog Retis Official dengan kerjasama MIG Pictures telah menganjurkan Blogger Movie Day Out di eCurve, Damansara.

Pada majlis ini,

Beberapa blogger hadir bagi memeriahkan aktiviti Blogger Movie Day Out menonton filem terbaru dari MIG Pictures yakni Zack Kapcai yang kini sedang ditayangkan dipawagam bermula 14 Julai 2016.

Majlis pertemuan diadakan di Pak John Steamboat & BBQ, eCurve.

Selain Blogger,

Turut hadir pelakon yang menjayakan filem Zack Kapcai, antaranya Epy Kodiang, Serina Redzuawan dan pelakon baru merangkap heroin, Julia Marin.

Julia Marin - Heroin Filem Zack Kapcai
Bagi sesiapa yang tidak mengenali heroinnya,

Inilah Julia Marin yang memegang watak heroin dalam filem Zack Kapcai. Yang sebelahnya, bukan hero filem ini. Tetapi blogger Khir Khalid (Nampak macam sebaya la dorang nie kan).

Pada majlis ini, turut dihadiri oleh CEO MIG Pictures, Mejar (K) David Teo.

Ucapan Mejar (K) David Teo pada sesi makan malam Movie Day Out Zack Kapcai

Mejar (K) David Teo
Menurut Mejar (K) David Teo,

Beliau berharap blogger boleh terima salah dan silap beliau. Kalau boleh jangan sebarkan sesuatu yang tidak benar.

Sekurang-kurangnya jangan putar belit apa yang beliau cuba sampaikan. Supaya tidak mendatang kecelaruan kepada pembaca sehingga membawa kepada kontroversi yang kurang sihat.

Dalam masa yang sama, beliau berharap ini bukan satu-satunya aktiviti blogger bersama MIG Pictures.

Duit Raya dari David Teo

Disebabkan masih lagi dalam mood raya, walaupun dah tua tetap dapat duit raya.

Terima kasih Mr. David Teo.

Dah beberapa tahun berturut-turut dapat duit raya dari beliau.

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang suka berlumba motor walaupun kenyataannya dia sendiri tidak memiliki motor. Bagaimanapun minat beliau ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuawan).

Kenapa?

Kerana ibu dan ayahnya bercerai disebabkan oleh perangai ayahnya, Rudy (Rahim R2) yang bergelar Raja Kapcai membawa pulang Chikaro sebagai hadiah kemenangan pulang ke rumah.
Filem Zack Kapcai
Kau dah kenapa Bro? Memang cari nahas namanya.

Kerana minatnya terhadap lumba motor, Zack kehilangan kawan baiknya Roy (Syuk SYJ) akibat kalah pertaruhan sewaktu berlumba motor dimana Motor kesayangan Roy yakni Qistina jatuh ke tangan Zack yang sememangnya tiada motor.

Sehingga pada satu hari, Zack terjumpa keratan akhbar dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”yang terpapar wajah ayah dan ibunya. Maka Zack bertekad untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya yang telah lama terpisah.

Malangnya, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina terpaksa mencuri motornya dari Zack.

Zack kecewa bila dapati motornya hilang dan putus harapa untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya. Ibunya terpaksa dedahkan lokasi motorsikal lagenda Raja Kapcai yang disoroknya selama ini. Zack makin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.
Filem Zack Kapcai
Dapatkah zack temui ayah dan adik kandunganya? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan kembali?

Sama-sama kita saksikan di pawagam mulai 14 Julai 2016. Semua persoalan anda akan terjawab dengan gelak ketawa hahahaha.

Gerak Lu, Paper Roger

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Blogger Movie Day Out : Zack Kapcai di eCurve, Damansara

  1. Pehh.. jem sekejap tengok heroin dgn mamat yg sebelah dia tu hahaa… :D

    Event yg meriah!!… makan sedap, layan movie asyik gelak je, dapat duit raya lagi…. tambah lagi dapat berkumpul bersama geng bloggers… yup… mmg the best… marveles!! :) :)

    1. Awat jem pulak? Nak kena remove gambar tue ke?

      Doakan masih ada peluang seperti ini lagi di masa hadapan. Terima kasih atas sokongan selama ini ;)

  2. Event terbaek..jarang suami puji setiap kali pegi event tapi kali ni beria ia dia memuji nyer..hehehee..

    TQ Bro ! Best sangat best !~

Leave a Reply to Izwa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *