You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Wake Up With Zespri Meriah di Desa Parkcity

17,411,272 total views, 2,801 views today

Wake Up With Zespri Meriah di Desa Parkcity

Wake Up With Zespri
Dah kenapa ramai orang baring bersantai beramai-ramai dekat padang nie?

Mereka sebenarnya sedang berkumpul di dataran Desa Parkcity bagi menjayakan Zespri® SunGold Kiwifest pada 29 Mei 2016 sempena kempen Wake Up With Zespri yang berlangsung sepanjang bulan Mei.

Boleh dikatakan pelbagai aktiviti diadakan disini dari pukul 8.30 – 11.30 pagi.

Kebanyakan mereka yang hadir setia menunggu hingga ke penghujung acara. Kenapa? Jeng jeng jeng…. Teruskan pembacaan korang jika ingin tahu.

Zespri® SunGold Kiwifest

Wake Up With Zespri
The Zespri® SunGold Kiwifest merupakan inisiatif serantau yang dimulai di Malaysia, kemudian bakal diikuti oleh Singapura dan Australia.

Kiwifest ini membawa mesej utama bagi kempen Wake Up With Zespri menggabungkan elemen keseronokan sewaktu bersarapan dengan keluarga.

Zespri® SunGold Kiwifest ini terbuka kepada orang awam, dan anda boleh menyertainya secara percuma.

Wake Up With Zespri

Senarai aktiviti yang wajib anda lakukan untuk menenangi lencana edisi terhad Zespri® SunGold Kiwifest.

Setiap check point juga diberikan lencana khas.

Antara check point yang terlibat

Wake Up With Zespri
Teringin nak makan smoothies?

Anda perlu berbasikal untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengerakan pengisar smoothies. Kena usaha sikit untuk menikmati satu kepuasan.

Bro tak cuba, sebab kena usaha lebih beratur panjang. Risau belum sempat nak kayuh basikal, tenaga dah habis.

Wake Up With Zespri
Ini pula ruangan untuk mewarna bagi kanak-kanak.

Kak Long Fisha tak nak pula join. Kalau tidak, dapat sehelai tshirt limited edition Zespri Kiwifruit World oleh pelukis illustrator dari Landon, Harry Malt.

So boleh la mulakan sesi mengutip lencana (Dah makan game Pokemon la pulak, kena kumpul lencana he…23x).
Wake Up With Zespri

Wake Up With Zespri

Wake Up With Zespri

Kenapa ramai sangat yang datang?

Ini kerana ianya satu-satunya peluang mereka untuk menyertai sesi senaman yang diterajui oleh Jojo Struys dan Cassey Ho dari Los Angeles yang merupakan ‘ World – renowned celebrity fitness instructor’ dan founder kepada Blogilates.

Wah… class gitew…!!!

Lagipun beliau agak popular di mana channel Youtube beliau mempunyai 3 juta subscriber dari seluruh dunia.

Bagi mereka yang tidak dapat turut serta, ada beberapa aktiviti turut diadakan untuk memenuhi masa anda di sini.

Wake Up With Zespri

Wake Up With Zespri

Wake Up With Zespri
Part paling digemari oleh Kak Long Fisha.

Menconteng he…23x eh bukan. Melukis (anggap je la dia tengah melukis) Harap dia tidak praktikan pada dinding di rumah. Jenuh daddy dia nak menyental nanti.

Ok, itu tentang Zespri® SunGold Kiwifest. Ini pula Bro nak ceritakan tentang Buah Kiwi Zespri yang perlu anda tahu.

Zespri® SunGold Kiwifruit – Buah Kiwi Berwarna Kuning?

Wake Up With Zespri
Kiwi Kuning? Siapa cakap buah kiwi hanya berwarna hijau?

Kali ini, Bro ingin perkenalkan kepada anda semua mengenai Zespri® SunGold Kiwifruit yakni buah kiwi yang berwarna kuning.

Didatangkan dari New Zealand, dimana ianya mengandungi vitamin C, vitamin E, fiber, enzim actinidin, antioksidan dan garam mineral seperti kalium dan folat yang jarang dijumpa dalam buah yang lain.

Sebiji buah kiwi ini mempunyai kandungan vitamin C sama dengan 3 biji buah oren. Dengan sebiji buah kiwi ini, mampu memberi 100% vitamin C yang anda perlukan setiap hari.

Kini, anda boleh dapati Zespri® SunGold Kiwifruit di pasaraya berdekatan anda, tiada alasan untuk menikmatinya setiap hari bagi meningkatkan ketahanan tubuh, memberikan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Wake Up With Zespri
Nampak tak muka kepenatan pada wajah Kak Long Fisha.

Ok, dah kena siap-siap balik. Tak lama lagi lena la dia dalam kereta tue.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zespri, anda boleh layari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Wake Up With Zespri Meriah di Desa Parkcity

  1. Tak sangka dekat Malaysia pun ada menganjurkan program macam ni yer… Barulah saya tahu… Itupun setelah membaca blog bro… TQ… 😉

Leave a Reply

Top