You are here
Home > Iklan > Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Raikan Anak-Anak Yatim

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Raikan Anak-Anak Yatim

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Raikan Anak-Anak Yatim
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkongsi kesyukuran dan kemeriahan Ramadan 1437 Hijrah bersama 80 orang kanak-kanak terpilih dalam majlis berbuka puasa di Cafe@ PICC.

Kanak-kanak ini dari YAKIN MALAYSIA (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) yang terdiri daripada golongan yatim, asnaf dan mualaf.

Kesemua anak- anak yang diraikan, dijamu dengan hidangan berbuka puasa Bufet Ramadan di Cafe@PICC. PICC juga menyumbangkan duit Raya kepada anak-anak yang diraikan pada hari ini.

Untuk maklumat anda,

YAKIN Malaysia adalah merupakan satu badan kebajikan yang berperanan sebagai “Pusat Runding Cara Harian” (One Stop Centre).

Ia merupakan pusat jagaan tidak berkediaman yang juga menjadi pusat khidmat nasihat, penyelaras dan penyalur maklumat dari segi pembangunan sosial seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, rawatan dan perubatan, perumahan, pendidikan dan sebagainya.

Menganjurkan program pembangunan dan komuniti seperti seminar, teknologi maklumat dan komunikasi, kursus motivasi dan kekeluargaan, kempen-kempen kesedaran dan sebagainya.

RUKESA pula adalah sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat B/PJB KK 015/2015 yang menaungi seramai 40 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin lelaki dan perempuan yang berusia di antara 3 hingga 12 tahun.

Ia ditubuhkan pada penghujung tahun 2008.

PICC juga turut meraikan lebih 500 rakan sektor kerajaan dan korporat dan juga pihak media yang hadir bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama bersama warga kerja PICC.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC Raikan Anak-Anak Yatim

Iftar Bufet Ramadan 2016 @ PICC

Selain itu, PICC turut mempromosikan Iftar 'Bufet Ramadan 2016 yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya".

Bufet Ramadhan ini menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan, termasuk beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala-warung. Promosi yang berlangsung dari 8 Jun hingga 3 Julai 2016 dengan harga RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukan adalah percuma.

Waktu operasi adalah dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Seperti tahun – tahun yang lalu, para pengunjung yang datang boleh menikmati makanan dan hidangan istimewa berbuka puasa, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik iaitu "Duit Raya'' sebanyak RM 3000 tunai dan hadiah – hadiah sampingan yang bernilai lebih daripada RM10,000.

Keputusan cabutan bertuah ini akan diumumkan pada bulan Syawal melalui PICC Media Sosial.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak pengurusan PICC juga telah menyenaraikan beberapa aktiviti menarik untuk dikongsikan bersama para pelanggan yang datang berkunjung ke PICC.

Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal disediakan adalah seperti gerai-gerai jualan di “Riang Ria Shopping Raya@PICC”, Majlis Iftar Akustika bersama Zamani Slam dan Mawi pada 22hb Jun 2016, Majlis Iftar Amal bersama Anak-Anak Yatim, program Marak Ramadan 2016 bersama Mualaf @ PICC sepanjang bulan Ramadan dengan 7 acara isitimewa seperti Klinik Solat, Klinik Al- Quran, Tazkirah Zohor, Kongsian Santai Mualaf, Galeri Kesedaran Dakwah, Ansari Training Program,Ramadhan Experience dan pelbagai lagi pengisian kerohanian dan kebajikan untuk dimanfaatkan bersama.

Persembahan qasidah dari Afad Raihan, Rabbani, Wildan dan Pawana semasa berbuka puasa menjadikan berbuka puasa di PICC satu kelainan dengan program berbentuk kerohanian.

Untuk tempahan "Bufet Ramadhan", sila hubungi 03-88876000 atau ‘hotline’ 013-2109447.Tempahan juga boleh dibuat secara atas talian dengan melayari www.ticketonline.my/picc.

PICC juga menawarkan pakej “ Berbuka Puasa Korporat atau Berkumpulan” serta pakej “ Rumah Terbuka Aidilfitri” untuk meraikan pelanggan syarikat dengan harga istimewa termasuk majlis – majlis katering di Putrajaya dan Cyberjaya.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih cepat berkenaan acara atau pakej yang ditawarkan, sila layari laman sesawang kami di www.picc.com.my dan ikuti Facebook rasmi PICC (http://www.facebook.com/piccmalaysia), Twitter dan Instagram @piccmalaysia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top