March 29, 2024

Pre-order honor 5C pada Harga RM799 Bakal Dibuka

honor 5C Malaysia
Tempahan awal (pre-order) bagi honor 5C kini dibuka pada 20 June, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold).

Pengumuman ini telah dibuat oleh Allen An, selaku E-Commerce Director di honor Malaysia.

Sekali lagi, honor Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pengguna pertengahan dibawah harga RM1,000 selepas honor 5X pada awal tahun 2016.

Honor 5c merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 yang direka menggunakan teknologi 16nm menjaminkan penjimatan penggunaan bateri.

Secara tidak langsung, menjadikan honor 5C satu-satunya peranti yang menggunakan cip pemprosesan 16nm pada harga dibawah RM1,000.

Sumber – honor 5C: The Only 16nm Chipset Smartphone Below RM 1,000!

Pandangan Pertama honor 5C

honor 5C Malaysia

honor 5C Malaysia

honor 5C Malaysia
honor 5c hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB, dimana ianya boleh dipertingkatkan sehingga 128GB melalui ruang kad Mikro-SD yang tersedia.

Dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti model honor terkini, honor 5C turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang bagi tujuan sekuriti dan akses pantas.

honor 5C Malaysia
Review?

Maaf, buat masa kini tidak banyak yang Bro boleh perkatakan. Tunggu diberi peluang untuk mencuba dan membuat review secara keseluruhan kelak.

Bagaimanapun,

Penggunaannya agak lancar walaupun beberapa aplikasi berjalan serentak bagi penggunaan berat (heavy user) walaupun ianya hanya mempunyai memori sebanyak 2GB RAM.

Bro hanya sempat mencuba permainan game yang menggunakan grafik tinggi dan kepantasan sambil bertukar-tukar (switch) antara aplikasi lain untuk mencuba kebolehannya.


Seperti peranti honor terdahulu, anda juga boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.

Tempahan awal boleh dibuat melalui laman rasmi VMall Malaysia atau Lazada Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Pre-order honor 5C pada Harga RM799 Bakal Dibuka

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *