April 26, 2024

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa Tampil Keunikan

Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa
Pada tahun ini, Bianco Mimosa menampilkan rekaan busana raya istimewa khusus buat golongan lelaki dan wanita yang inginkan kelainan sempena Syawal kali ini.

Di bawah label Mimosa Raya,

Bicanco Minosa tampil memberikan keunikan tersendiri menerusi koleksi terbaru dimana rekaan kali ini lebih kepada penghasilan busana jubah yang menjadi pilihan kebanyakan wanita Muslimah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baru-baru ini, diadakan pertunjukan fesyen Mimosa Raya dimana teman-teman selebriti dijemput untuk memeriahkannya.

Selebriti Tampil Jenama Pakaian Sendiri

Pertunjukan ini turut digamatkan dengan kehadiran pelakon Memey Suhaiza, Lan Kristal dan Akma AF dimana mereka masing-masing turut memiliki jenama pakaian sendiri sesuai digayakan sempena musim perayaan ini.
Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa
Menampilkan rekaan tersendiri,

Memey Suhaiza dengan koleksi terbarunya dibawah jenama Meylana, Lan Kristal dengan jenamanya sendiri manakala Akma AF pula dengan jenama Hamshi.

Majlis pertunjukkan fesyen ini diadakan di hadapan Butik Bianco Mimosa cawangan Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi yang baru sahaja dibuka pada 1 Jun dahulu.

Setiap koleksi busana yang dihasilkan adalah menggunakan fabrik rekaan dan cetakkannya sendiri yang menjadi identiti pengasasnya, Datuk Ida Suraya Mustapha sekaligus menjadikan beliau berbeza daripada pereka fesyen yang lain.

Antara fabrik yang digunakan untuk busana raya kali ini adalah material Chiffon, Heavy Dull Satin dengan corak garisan Velvet disulami dengan inovasi perincian yang tersendiri dan unik.

Dan material fabrik ini diimport khas dari luar negara, satu lagi identiti wajib yang sentiasa releven dengan Bianco Mimosa.

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa

Menggunakan perincian ringkas dengan sedikit percikan elemen ranggi, busana Mimosa Raya untuk koleksi 2016 dilihat sesuai digayakan dengan penuh keyakinan bagi mereka yang berusia belasan tahun sehingga ke usia emas.

Siapa bilang ibu-ibu tidak boleh bergaya ranggi?

Mimosa Raya adalah jawapannya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Koleksi Mimosa Raya Dari Bianco Mimosa Tampil Keunikan

  1. sejak a few years back, famous jubah instead of baju kurung dikalangan wanita, saye pun suke dengan perkembangan ni wanita dengan fesyen adalah hal yang selari. tapi ape pun tetap harap baju kurung jadi trending semula, mungkin dengan kreativiti pereka fesyen orang ramai akan mula pilih baju kurung balik

Leave a Reply to Oh! MotoGP Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *