March 29, 2024

Cara Lulus Pinjaman Perumahan Bagi Mereka Yang Disenarai Hitam CCRIS

Senarai Hitam CCRIS
Sejak kebelakangan ini, ramai yang pening kepala bila dapati nama mereka telah disenarai hitam CCRIS.

Paling ketara, bila yang terlibat terdiri dari mereka yang baru mula berkerjaya. Dimanakah silapnya?

Jeng jeng jeng….!!!

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam Vlog –Jumlah Pinjaman Perumahan Mampu Milik Berdasarkan Gaji Bulanan terdahulu, ramai yang kecundang bila terlalu mengutamakan keinginan “Remaja” mereka.

Mana tidaknya,

Baru bulan pertama bekerja, dah sambar kereta. Bukan kereta biasa-biasa, nak berjenama luar negara.
Kata dorang, alang-alang beli kereta, baik terus beli kereta mahal. Sebulan hanya bayar lebih sedikit dari beli kereta tempatan (Kereta mampu milik).

Itu baru kereta, belum lagi apply kad kredit semata-mata nak dapatkan lebih diskaun ketika berbelanja. Dari situ, pembelanjaan bulanan tidak terkawal. Lagi parah bila tiap-tiap bulan ada sahaja SALE diadakan.

Pemimjam PTPTN disenarai hitamkan

Hutang dan komitment bulanan bertambah.

Duit yang ada tidak mampu nak lunaskan pinjaman PTPTN, nak bayar kereta pun sangkut-sangkut. Belum lagi, bank telefon bertanyakan status bayaran penggunaan kad kredit.

Dalam kesesakan ini, boleh pula mengumpul duit semata-mata nak pergi travel tahun depan bila berjaya mendapat tiket murah beberapa bulan dahulu. Itupun hari-hari makan megi.

Lepas beberapa bulan berkerja, terus bulan pinjaman peribadi.

Itupun bukan untuk lunaskan hutang atau pinjaman tertunggak sebelum ini. Boleh pula modified kereta, beli smartphone baru, belanja awek dll.

Selepas setahun,

Tau-tau nama disenarai hitam CCRIS. Waktu itu, baru mengelabah dok maki sana sini. Sedangkan selama ini, gaya hidupnya melayakkan nama beliau disenarai hitam CCRIS.

Apa kebendanya CCRIS

Apa kebendanya CCRIS?

CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau juga dikenali sebagai Central Credit Reference Information System.

Ia merupakan pangkalan data berkomputer yang mengutip, memproses, dan menyimpan maklumat pinjaman semua peminjam di Malaysia.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempunyai kesemua data pinjaman anda?

Boleh dikatakan hampir kesemua institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan berbentuk maklumat kredit atau hutang kesemua peminjam kepada Jabatan kredit yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Data tersebut disimpan didalam sistem CCRIS yang dihubungkan dengan bank-bank di Malaysia.

Oleh itu, apabila seseorang individu atau mana-mana syarikat ingin membuat pinjaman daripada mana-mana bank, setiap institusi bank tersebut akan menyemak maklumat pemohon terlebih dahulu sebelum meluluskan pinjaman .

Ini adalah untuk memastikan nama pemohon bersih daripada sebarang masalah hutang yang lain atau pernah disenarai hitam.

Ngeri tak dengar?

CCRIS mampu mengesan maklumat jumlah pinjaman, faedah, caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman daripada pinjaman perumahan, kad kredit, sewa beli, pembiayaan peribadi dan segala macam lagi jenis pinjaman yang anda buat di bank atau institusi kewangan berdaftar.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan nama anda disenarai hitam dalam CCRIS:

  • Rekod / sejarah pembayaran hutang yang tidak konsisten
  • Tidak melunaskan caj tertunggak pada pinjaman

Antara faktor yang menyebabkan permohonan pinjaman ditolak oleh bank/institusi kewangan :

  • Bayaran pinjaman tertunggak sehingga 2 bulan
  • Komitmen melebihi kemampuan (Tak semua bank/institusi kewangan)

Seram tak dengar?

Sekiranya anda tidak mahu nama anda disenarai hitam dalam CCRIS, elok anda bersihkan rekod pembayaran hutang anda.

Mungkin anda tidak mampu nak lunaskan secara konsisten, sekurang-kurangnya anda bayar sikit-sikit asalkan hujung bulan, terlunas jumlah hutang yang perlu anda bayar pada bulan terbabit.

Kurangkan jumlah komitmen bulanan anda.

Contohnya bil telefon, sewa rumah, guna pengangkutan awam, cari pendapatan tambahan, kawal pembelanjaan makan harian anda (Bawa bekal jika perlu). Nampak sukar, tapi itu benda yang anda perlu buat.

Nak kahwin, boleh pula ikat perut untuk kumpul duit.

Susah jika anda berkahwin, tetapi nama disenarai hitam CCRIS. Mesti anda ingin memilik rumah sendiri untuk keluarga anda.

Tetapi lepas berkahwin, jumlah komitmen bulanan anda mesti bertambah. Jika tidak mahu ianya menghantui anda selepas berkahwin, settlekan segala hutang / tungakkan pinjaman anda.

Selepas itu, anda baru boleh fokus untuk memiliki rumah pertama anda.

Boleh rujuk pinjaman bank / pinjaman perumah kerajaan untuk maklumat lanjut tentang pinjaman bank.

Bagaimana cara untuk buat pinjaman perumahan bagi mereka yang disenarai hitam CCRIS

Bagaimana cara untuk buat pinjaman perumahan bagi mereka yang disenarai hitam CCRIS

Anda dinasihatkan supaya melunaskan semua tunggakan dan membuat bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan secara konsisten.

Kemudian, tunggu sehingga 3 bulan , baru buat permohonan pinjaman perumahan yang baharu.

Kenapa perlu buat begini?

Ini kerana bank akan menganggap anda melunaskan tunggakan semata-mata untuk permohonan pinjaman yang baharu.

Walaubagaimanapun, jika anda membayar atau melunaskan kesemua hutang sekaligus , nama anda akan dipadamkan dalam laporan CCRIS dalam tempoh 40 hari selepas pembayaran.

Atau minta sahaja surat daripada bank berkenaan menyatakan anda telah membuat pembayaran penuh. Barulah boleh memohon untuk pinjaman yang baru.

Mudah bukan walaupun nak lunaskan hutang adalah benda paling liat orang nak buat selain solat. Berubahlah, nescaya dipermudahkan segala urusan anda.

Jemput baca Tip Persedian Sebelum Membeli Rumah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Cara Lulus Pinjaman Perumahan Bagi Mereka Yang Disenarai Hitam CCRIS

  1. Kalau nama tidak cantik didalam CCRIS memang susahlah mendapat kelulusan pinjaman. Nasihat kepad bakal graduan, mula hari pertama bekerja sudah perlu ada perancangan macam mana nak urus hutang dan tambah pendapatan. Lebih baik masa peringkat pengajian sudah menjana pendapatan sampingan dan berjimat cermat duit pinjaman pelajaran

  2. alhamdulillah.. masa awal bekerja keadaan terkawal sehingga sekarang… cuma akhir2 ni jer keadaan terkawal setelah membeli sebuahrumah yg agak mahal… huhuhu..

  3. menarik jugak tu infonya… asal kena ccris takleh buat pinjaman… naya wooo.. kalo dah ada info sedemikian rupa boleh laa beli rumah dengan jayanya walaupun kena ccris..

Leave a Reply to Afif Rayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *