April 25, 2024

Menonton Filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas

Independence Day Free Movie Screening at TGV Cinemas
Hari ini, Bro berpeluang menonton filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas, AEON Rawang bersama Kak Long Fisha.

Terima kasih TGV Cinemas dan Twentieth Century Fox Film (Malaya) Sdn.Berhad yang memberi peluang kepada kami semua menonton filem ini secara percuma.

Kenapa ianya adalah percuma?

Ramai juga yang bertanya soalan yang sama sewaktu beratur untuk mendapatkan tiket percuma ini. Mesti korang juga tertanya-tanya bukan?

TGV Cinemas - Free Independence Day (1996) Screening

Movie yang kami tonton merupakan Filem Independence Day terbitan tahun 1996, yakni 20 tahun lepas. Kenapa pula kena tengok cerita lama ini?

Ianya untuk korang throwback apa yang telah berlaku 20 tahun lepas sebelum menonton filem Independence Day: Resurgence yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ianya ada kaitan / kesinambungan dari filem terdahulu.

TGV Cinemas - Free Independence Day (1996) Screening
Antara cenderahati yang diberikan kepada penonton bertuah.

Peluang ini dibuka pada 11 & 12 Jun 2016 dan 18 & 19 Jun 2016 di beberapa pawagam TGV Cinemas terpilih seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di TGV Cinemas – Free Independence Day (1996) Screening.

Disebabkan TGV Cinemas Rawang terlibat sama pada minggu ini, so Bro tidak melepaskan peluang untuk menonton ianya dilayar perak (Walaupun dah banyak kali tengok di tv, feelnya berbeza).

Independence Day Free Movie Screening at TGV Cinemas

Terima kasih Cik Izzati selaku supervisor bertugas atas layanan yang diberikan kepada kami.

Next time boleh datang menonton lagi di TGV Cinemas ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Menonton Filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas

  1. Bila gambar Twin Tower di jadikan poster ada rasa terguris dihati apabila iconic dijadikan modal cerita didalam cerita ini. Lebih-lebih lihat ia musnah. Semangat patriotik membara.

    1. Minggu ini ada lagi, jangan lepaskan peluang pula. Untuk filem baru, ada kaitan dan pelakon yang sama juga kembali berlakon selepas 20 tahun serangan pertama berlaku.

      Best….!!!!

Leave a Reply to Afif Rayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *