17,167,064 total views, 584 views today

Menonton Filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Independence Day Free Movie Screening at TGV Cinemas
Hari ini, Bro berpeluang menonton filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas, AEON Rawang bersama Kak Long Fisha.

Terima kasih TGV Cinemas dan Twentieth Century Fox Film (Malaya) Sdn.Berhad yang memberi peluang kepada kami semua menonton filem ini secara percuma.

Kenapa ianya adalah percuma?

Ramai juga yang bertanya soalan yang sama sewaktu beratur untuk mendapatkan tiket percuma ini. Mesti korang juga tertanya-tanya bukan?

TGV Cinemas - Free Independence Day (1996) Screening

Movie yang kami tonton merupakan Filem Independence Day terbitan tahun 1996, yakni 20 tahun lepas. Kenapa pula kena tengok cerita lama ini?

Ianya untuk korang throwback apa yang telah berlaku 20 tahun lepas sebelum menonton filem Independence Day: Resurgence yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ianya ada kaitan / kesinambungan dari filem terdahulu.

TGV Cinemas - Free Independence Day (1996) Screening
Antara cenderahati yang diberikan kepada penonton bertuah.

Peluang ini dibuka pada 11 & 12 Jun 2016 dan 18 & 19 Jun 2016 di beberapa pawagam TGV Cinemas terpilih seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di TGV Cinemas – Free Independence Day (1996) Screening.

Disebabkan TGV Cinemas Rawang terlibat sama pada minggu ini, so Bro tidak melepaskan peluang untuk menonton ianya dilayar perak (Walaupun dah banyak kali tengok di tv, feelnya berbeza).

Independence Day Free Movie Screening at TGV Cinemas

Terima kasih Cik Izzati selaku supervisor bertugas atas layanan yang diberikan kepada kami.

Next time boleh datang menonton lagi di TGV Cinemas 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Menonton Filem Independence Day secara PERCUMA di TGV Cinemas

  1. ada juga tengok iklan filem ni. depa buat penggambaran di klcc ke?

    1. Kalau ikut iklan, Dorang (alien) cabut KLCC dan campak dekat Amerika.

  2. Bila gambar Twin Tower di jadikan poster ada rasa terguris dihati apabila iconic dijadikan modal cerita didalam cerita ini. Lebih-lebih lihat ia musnah. Semangat patriotik membara.

    1. Makin banyak filem luar memperkatakan tentang Malaysia. Popular Malaysia sekarang sejak Najib jadi PM. Eh?

    1. Buat masa sekarang nie, Yup. Kenapa ek?

  3. Untunglah dapat tiket wayang percuma… Walaupun sekadar tengok cerita lama… Tapi boleh jer layan, asalkan percuma…

    1. Minggu ini ada lagi, jangan lepaskan peluang pula. Untuk filem baru, ada kaitan dan pelakon yang sama juga kembali berlakon selepas 20 tahun serangan pertama berlaku.

      Best….!!!!

  4. Amboiii.. kemain lagi selfie dengan supervisor.. ahaha

    1. Supervisor comel, so bagi can anak gua bergambar sama dengan dia he…23x

  5. ape2 yang free memang best, lagi2 tengok wayang free even cite lama…

Leave a Comment