You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Awas Blogger, Ada Lembaga Sedang Perhatikan Anda.

Awas Blogger, Ada Lembaga Sedang Perhatikan Anda.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Amaran buat rakan blogger yang tengah seronok buat duit dari blog. Anda kini mungkin sedang diperhatikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenapa Bro bagi amaran ini? Kenapa Blogger?

Ini kerana, sejak dua menjak ini. Beberapa orang rakan blogger telah dihubungi oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk diaudit pendapatan mereka, terutama pendapatan yang diperolehi dari blog.

Ada beberapa orang rakan blogger juga yang cuak, takut tiba-tiba mereka juga akan di hubungi.

Oleh itu, Bro ingin berkongsi satu ebook tentang pengalaman seorang rakan blogger yang telah dihubungi oleh pihak LHDN untuk audit pendapatan beliau.

Bro dan penulis yakin tidak ramai yang tahu akan prosesnya, memandangkan tidak ramai yang pernah diaudit sudi untuk tampil bercerita.

Semuanya dirungkaikan secara terperinci di dalam ebook ini. Dari jenis-jenis pendapatan beliau yang diaudit, jumlah cukai beliau yang lampau, isu-isu yang ditemui sehinggalah kepada contoh surat rayuan ansuran cukai yang perlu dikemukakan, semuanya telah dimuatkan di dalam ebook setebal 86 mukasurat ini.

Tanpa selindung !!

Buat anda yang berkebarangkalian untuk diusha Lembaga, disarankan agar ebook ini dijadikan bacaan panduan agar anda tidak kekok apabila berhadapan dengan situasi begini di masa depan.

Kalau ikutkan, ianya bukan sahaja untuk blogger. Bahkan mereka yang turut membuat pendapatan sampingan, business sendiri tetapi tidak pernah membayar cukai.

Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Bersiap sedialah anda.

Ebook Aku Di Usha Lembaga – RM50 (sah pada 28 Jun 2016)

Bagaimana Berhadapan Dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Sekiranya anda antara yang bakal atau berpotensi untuk diusha oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rasanya anda perlu dapatkan ebook ini.

Berbaloi dengan nilai RM50 berbanding dengan nilai yang mungkin anda perlu bayar kelak.

Sekiranya anda ingin memiliki ebook ini, anda boleh beli melalui pautan Ebook Aku Di Usha Lembaga (Klik disini).

Promosi Raya : Sekiranya anda membeli ebook ini melalui link yang dinyatakan diatas. Anda akan menerima DUIT RAYA dari pihak Bro Framestone (sah sehingga 10 Julai 2016).

Pastikan sebelum anda membeli, PM saya di facebook ini dan sertakan nama & email anda untuk melayakkan anda menerima duit raya dari pihak saya.

Sekiranya anda membeli melalui link selain link yang saya nyatakan tadi atau nama anda tiada dalam list pembelian melalui saya (system akan sediakan list secara automatik), maka anda tidak layak menerima DUIT RAYA dari pihak saya walaupun puasa anda tahun ini cukup hahahaha.

Peringatan! Anda perlu membeli ebook melalui link (pautan) Ebook Aku Di Usha Lembaga (Klik disini) untuk melayakan anda menerima DUIT RAYA dari pihak saya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Awas Blogger, Ada Lembaga Sedang Perhatikan Anda.

  1. Kita bukan blogger pemes yg masyukk ribu riban….LHDN tak cari kot..hehehe. Tapi rasanya kena gak dpatkan ebook ni kan..siapkan payung sebelum hujan…tapi kalau lepas raya beli tak dapat ke duit raya tu?..hehehe

  2. Fuh fuh..hope blog saya, pihak lembaga itu x perasan..hehe…pendapatan dri blog, x cecah ribu2…blog picisan je…nak audit apanya…pengiklan nk letak iklan pun serammm..haha..

Leave a Reply

Top