March 29, 2024

Tip Sewa Rumah Secara Percuma Tanpa Perlu Gunakan Duit Sendiri

Generasi Menyewa Rumah sampai mati
Keratan akhbar ini, menyatakan bahawa generai muda bakal menyewa rumah sampai mati kerana harga rumah makin meningkat.

Malangnya, rumah sewa juga semakin mahal. Kadangkala hingga melebih setengah bulan gaji.

Kalau bujang, maybe tiada masalah untuk menyewa beramai-ramai. Boleh tong duit sewa reramai dan duduk serumah macam tin sardin. Bagaimana pula bila sudah berumah tangga?

Sebab itu, digalakkan anda memiliki rumah pertama sewaktu muda. Bagaimana?

Jemput baca perkongsi 12 pakar hartanah miliki rumah pada harga minima (Dalam bentuk e-book). Anda diantara pakar ini, merupakan kenalan Bro dan mereka kini sudah memiliki beberapa biji rumah.

Teringat lagi sewaktu zaman bujang menyewa rumah di Kelana Jaya. 7 tahun menyewa bersama rakan-rakan dari zaman belajar hingga berkerjaya.

Rakan rumah sewa kahwin

Rakan serumah sering bertukar ganti. Kini, ramai sudah berumah tangga dan tidak menyewa disana lagi.

Termasuk Bro.

Jika dulu, selalu juga lepak rumah itu walaupun tak menyewa dah. Sekarang dah tak berani, sebab tak kenal siapa yang menyewa dekat sana.

Ada tanya member yang terakhir menyewa sebelum dia kahwin. Dia bagitau, semua keluar rumah dan tidak menyewa rumah itu lagi.

Mungkin tak mampu nak bayar sewa rumah yang mahal dan hanya dikongsi dengan beberapa orang sahaja. Lagipun mereka tidak rajin nak cari orang untuk menyewa sama.

He…23x So hari ini, Bro ingin berkongsikan tip bagaimana nak menyewa rumah secara PERCUMA (khas buat mereka yang bujang). Tip ini diamalkan oleh member Bro untuk beberapa tahun sebelum dia berkahwin.

Tip Menyewa Rumah Secara Percuma

Siapa tak nak duduk rumah sewa secara percuma, ramai je yang buat. Cara haramnya, bayar sewa sebulan (itu pun cakap lepas gaji baru bayar) then bulan 2,3 dan 4 cakap lewat bayar (tapi tak bayar-bayar) sampai kena halau.

Then pergi cari rumah lain dan ulang semula langkah-langkah tadi.

Kena Halau Dari Rumah Sewa

Ok, Bro pernah jumpa. Selamat sempat halau dan dia tak berani nak amik barang-barang dia. (Last kami buang je, siapa nak).

Itu cara haram (mesti korang tak nak punya). Ini cara baik.

Mula-mula sekali anda perlu menyewa sebuah rumah yang mempunyai beberapa bilik. Seeloknya sewa rumah di kawasan kilang / IPT atau di kawasan Bandar sahaja.

Kalau di KL, sewa rumah teres / apartment yang mempunyai 3 bilik lebih kurang dalam RM1,000. Sign rental agreement dengan tuan rumah selama 2+1 tahun.

Anda pilih bilik paling kecil untuk anda duduk sorang (Sekiranya anda tidak mahu berkongsi). Ini memudahkan supaya anda
mengawal apa yang berlaku dan lain-lain.

Kemudian anda sewakan bilik-bilik di rumah ini kepada orang-orang lain. Minta dalam RM200 – RM250 seorang. Dari situ mungkin anda boleh dapatkan 5 – 7 orang penyewa lain.

Pastikan sewa dorang tadi tidak termasuk bil air, elektrik, astro & internet. Itu kira asing.

Jadi setiap bulan anda boleh kumpulkan dalam RM1,000 – RM1,400. Dah untung atas angin dalam RM400 dari kutipan duit sewa tadi.

Tapi korang jangan makan / jolikan pula duit itu.
.
Teknik ini mudah dan boleh dilakukan terus pada bila-bila masa. Yang penting, pastikan anda seorang sahaja yang berurusan dengan tuan rumah dan jangan buat tuan rumah tertunggu-tunggu duit sewa dari korang.

Guna Duit Sewa Beli Rumah

So apa yang anda nak buat dengan duit sewa lebihan tadi?

Apa kata anda laburkan dengan sesuatu yang berbaloi dan kena dengan hobi yang sedang anda lakukan sekarang. Yakni, beli rumah untuk anda sewakan menggunakan modus operandi yang sama.

Duit lebihan sewa + sedikit duit gaji anda = Beli rumah di lokasi strategik (Macam rumah yang anda sewa tadi)

Sekarang, anda sudah mempunyai rumah sendiri dengan hanya mengeluarkan sedikit kos. Yang menariknya, bayaran pinjaman anda setiap bulan dibayar menggunakan beberapa % dari rumah yang anda sewa.

Masih anda beberapa % duit sewa yang tak terusik? Nak buat apa ek? Nak beli rumah lagi? Hahahahah tak mustahil pun.

Tak percaya?

Jemput baca tip perkongsian dari 12 pakar hartanah Malaysia yang kini mempunyai lebih 100 biji rumah. Anda boleh baca perkongsian mereka di Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?

Rumah Lelong

Kalau rasa harga rumah di kawasan berkenaan terlalu tinggi, mungkin anda boleh cuba cara lain untuk memiliki rumah. Salah satu daripanya adalah dengan membeli rumah lelong.

Malangnya, anda kena berani ambil risiko dan tak semua rumah lelong berada dalam keadaan yang baik ketika dilelong.

Tapi tak salah mencuba. Ada juga kenalan Bro berjaya dapat rumah lelong pada paling rendah tanpa ada pesaing (Kalau ada pesaing sewaktu ianya di lelong, pasti harga akan meningkat).

Diharap Rahsia Rumah Lelong ini mampu membantu anda.

Moga artikle ini mampu memberi manfaat kepada semua. Kongsikan pada rakan-rakan anda. Siapa tahu, teknik yang Bro kongsikan di atas ini jadi salah satu sumber pendapatan dia.

*********
Jika anda merupakan pemilik rumah dan ingin menyewakan rumah anda. Jangan lupa dapatkan Ebook Tips Sewaan Rumah (RM35).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tip Sewa Rumah Secara Percuma Tanpa Perlu Gunakan Duit Sendiri

  1. Tips yang menarik… Memanipulasi rumah sewa dan ambil untung atas angin daripada rakan-rakan penyewa yang lain…. Tapi kalau terbocor rahsia, satu hari nanti mungkin kita pula yang akan dipulaukan oleh rakan-rakan serumah… huhuhuh

Leave a Reply to Tempat Belanja Online Busana Muslimah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *