17,159,186 total views, 4,726 views today

Salam Browser – Pelayar Web Islamik Lindungi Anda Dari Jenayah Siber

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Penjenayah Siber - Salam Browser
Di zaman serba moden ini, kita lebih mudah menjadi mangsa jenayah siber atau mudah terdedah dengan bahaya sewaktu melayari internet.

Tanpa disedari, maklumat peribadi kita tiada privasi dan terdedah kepada anasir-anasir yang akan menggunakannya bagi tujuan yang kurang baik.

Oleh itu, sejauh mana anda dapat memastikan keselamatan anda sewaktu melayari internet?

Anda Berpotensi Menjadi Mangsa Jenayah Siber

Mungkin anda sendiri tidak menyedari bahawa anda / ahli keluarga anda berpotensi menjadi mangsa jenayah siber.

Kebarangkalian untuk menjadi mangsa jenayah siber adalah tinggi bila anda tidak menitik beratkan keselamatan atau perlindungan sewaktu melayari internet walaupun ketika itu ada berada di rumah dengan menggunakan peranti milik anda sendiri.

Kenapa ianya terjadi?

Ianya terjadi bila kita kurang kesedaran tentang langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil sewaktu melayari internet. Paling ketara, bila aktiviti tersebut tanpa pengawasan dan anda bebas membuat apa sahaja tanpa memikirkan kesannya dikemudian kelak.

Anda mungkin akan terdedah dengan ancaman seperti :-

  • Virus
  • Browser Hijacking
  • Clickjacking
  • PopAds, etc

Kesan dari ancaman ini menyebabkan peranti atau akaun peribadi anda terdedah kepada serangan virus dan terdedah tanpa perlindungan dan privasi.

Anda juga terdedah kepada kandungan yang kurang sihat / tidak diingini.

Mungkin bagi anda, kandungan lucah ataupun perjudian adalah pekara normal. Tetapi bagaimana pula dengan ahli keluarga anda yang lain? Lebih-lebih lagi bila mereka juga berkongsi menggunakan peranti yang sama.

Jeng jeng jeng….!!!

Paling teruk, bila data peribadi anda dimanupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka melalui aktiviti “Browser Hijacking”.

Dimana setiap data yang anda taip sewaktu menggunakan browser / pelayar web terdedah, memudahkan penjenayah siber ini mendapat access / kata laluan kepada akaun sosial anda, maklumat bank atau sebagainya.

Sebab itu, anda boleh dapati akaun peribadi anda diceroboh (hacking) atau berlakunya aktiviti yang mencurigakan menggunakan akaun anda (hijacking).

Secara tidak langsung mendedahkan maklumat peribadi anda yang mungkin boleh mengaibkan atau membahayakan diri anda kepada umum.

Salam Browser – Pelayar Web Islamik Patuh Syariah

Salam Browser - Pelayar Web Patuh Syariah
Bro baru tahu tentang kewujudan Salam Browser melalui artikle “6 Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tidak Sesuai di Internet” yang ditulis oleh Saudara Hasrul Hassan.

Beliau ada menyatakan tentang kewujudan Salam Browser yakni pelayar web patuh syariah.

Ianya dikatakan mampu memberi perlindungan kepada kanak-kanak supaya tidak terlihat iklan yang tidak sesuai seperti iklan berbentuk pornografi, perjudian dan keagamaan sewaktu melayari internet.

Sekurang-kurangnya, walaupun kurang pengawasan, kanak-kanak tidak terdedah dengan sesuatu yang kurang baik. Dalam masa yang sama menjauhkan mereka dari menjadi mangsa penjenayah siber.

Pelayar web Salam dipacu teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman internet anda agar lebih selamat dan bebas-spam.
Fakta mengenai Salam Browser

Buat masa ini, Salam Browser masih lagi dalam fasa beta dan pembangunnya menyatakan bahawa mereka akan sentiasa memperkenalkan ciri baharu pada pelayar itu setiap dua minggu.

Ingin menyertai Komuniti Salam? Muat turun pelayar Salam Browser hari ini.

Info lanjut, anda boleh layari www.salambrowser.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Salam Browser – Pelayar Web Islamik Lindungi Anda Dari Jenayah Siber

  1. Kagum ada browser seperti ini dilancarkan.

  2. bagusnya ada browser baru yang lebih secured. Bolehlah cuba nanti

  3. memang bagus ada browser seperti ini…

  4. Info yg menarik.. teringat pengalaman semasa akaun paypal kena hack… bila teringat balik, memang rasa cukup menkutkan… huhuhu..

  5. dah download. memang ringan macam chrome.

    try testing keyword-keyword berunsur lucah pun hasilnya tak dijumpai. memang power!

Leave a Comment