Pemandu Teksi Beralih Kerjaya Menjadi Pemandu Uber dan GrabCar

16,901,452 total views, 1,009 views today

Pemandu Teksi Beralih Kerjaya Menjadi Pemandu Uber dan GrabCar

Pengalaman Menaiki Teksi Di Malaysia
Bukan pengguna sahaja jadi bijak, bahkan pemandu teksi juga semakin bijak.

Bukan bijak menghentam kerajaan ataupun perkhidmatan Uber & GrabCar. Tetapi bijak bertukar kerjaya dengan menjadi pemandu Uber & GrabCar sebagai sumber pendapatan.

Menurut Penasihat Big Blue Capital (M), Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail,

“Sebanyak 80 peratus pemandu teksi sedia ada menyerahkan semula teksi kepada syarikat pengendali kerana mahu menukar kepada perkhidmatan Uber dan Grab sejak tiga bulan lalu.”

Pemandu Teksi

Jika sebelum ini,

Mereka perlu membayar sewa teksi antara RM75 ke RM200 sehari. Bagaimanapun, dengan menggunakan perkhidmatan seperti Uber dan Grab (hanya menggunakan kenderaan peribadi) mereka hanya perlu melansaikan bayaran pembelian bulanan kereta sahaja.

Sejak Uber dan Grab beroperasi, pendapatan harian pemandu tidak lagi seperti dulu kerana hilang separuh daripada jumlah pendapatan, malah ia tidak cukup untuk tampung kos servis, sewa, minyak, gas dan gaji mereka.

Dengan pemulangan ini, dikatakan mampu menjejaskan lebih 60 syarikat teksi di semenanjung kerana mengalami kerugian serta berdepan risiko gulung tikar.

Sumber – HMetro.

**************

Bicara Bro : Bila fikirkan balik, selama ini yang untung besar adalah syarikat teksi.

Keringat yang diperah adalah pemandu teksi. Ada ke xde ke penumpang, pemandu teksi tetap kena bayar sewa teksi setiap hari.

Mungkin sebab itu, pernah muncul beberapa isu yang melibatkan pemandu teksi. Antaranya :-

  • Tidak menggunakan meter, walaupun ada meter dipasang pada teksi.
  • Menggunakan meter yang diubahsuai tanpa kebenaran.
  • Harga dikenakan tidak munasabah (Bila tidak menggunakan meter)
  • Destinasi dekat, tetapi bawa ikut jalan jauh (mangsa selalunya tidak tahu selok belok jalan menuju ke destinasi).
  • Mengenakan cas terlalu tinggi kepada pelancong asing.

Itu antara isu yang pernah menjadi topik perbualan hangat, kini tidak dapat dipastikan ada ke idak gejala ini.

Bagaimanapun, bukan semua pemandu teksi berperangai macam ini. Ada sesetengah itu, memang mencari rezeki yang halal. Jemput baca Fakta Tentang Pemandu Teksi Yang Tidak Anda Ketahui.

Pengalaman menaiki Porsche Panamera bersama #GrabCar #GrabLuxuryCar #MyTeksi

Berkenaan beralih arah kepada pemandu Uber & GrabCar.

Bukan pemandu teksi sahaja, bahkan yang berkerjaya juga menjadikan ia kerjaya sampingan untuk mencari duit lebih (Semuanya kerana menyahut seruan kerajaan untuk buat #2Kerja).

Ada juga syarikat yang menyediakan kereta mewah untuk pemandu mereka gunakan.

Ada kenalan,

Mampu jana income sebulan lebih banyak dari gaji bulanan yang beliau terima. Itupun buat sebagai kerja sampingan. Nak tahu apa rahsianya?

Jemput dapatkan Rahsia Uber – Jana Wang dengan Uber.

Tertiba rasa nak jadi pemandu Uber & GrabCar. Malangnya tidak mempunyai kereta (Kena rujuk Senarai Kereta Mampu Milik) dan kurang arif tentang jalan-jalan KL.

Oh lupa, boleh guna Waze.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *