You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Senarai Kereta Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji Bulanan Anda

17,411,913 total views, 308 views today

Senarai Kereta Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji Bulanan Anda

Pengalaman menaiki Porsche Panamera bersama #GrabCar #GrabLuxuryCar #MyTeksi
Pernahkah anda berimpian untuk memiliki kereta mewah seperti Bro dalam gambar ini?

Jika pernah, pasti ada mana-mana mamat MLM yang provoke korang untuk pasang impian miliki kereta mewah sedangkan dorang pakai MyVi je.

Jika ada yang tayang kereta mewah,

Kebanyakan upline or mentor dorang je. Sikit-sikit bagi contoh, “Ada sorang dia sertai perniagaan ini, tak sampai setahun dia sudah pakai kereta XXX”

Sedangkan mamat itu yang dok gebang-gebang pancing korang, tak sampai setahun dah stop cari orang dan kawan dah start jauhkan diri dari dia.

He…23x

Pengalaman menaiki Porsche Panamera bersama #GrabCar #GrabLuxuryCar #MyTeksi
Porsche Panamera – Bukanlah kereta impian Bro. (Jemput baca – Pengalaman Menaiki Porsche Panamera)

Impian Bro cuma nak ada kereta serta mempunyai pemandu peribadi. Sekurangnya Bro tak banyak spend tenaga meredah trafik jem. Elok buat kerja atau tidur sahaja dalam kereta.

Tapi impian paling besar,

Kalau boleh nak harga minyak turun, dan tol dimansuhkan. Siapa sokong/setuju, kita geng he…23x

Kereta Mampu Milik Berdasarkan Gaji Bulanan Anda

Pernahkah anda terfikir, kereta apa yang sebenarnya layak anda miliki berdasarkan jumlah gaji bulanan anda? (Tolak tepi duit yang anda dapat dari side income).

Mesti anda tidak mampu berfikir, tetapi anda awal-awal lagi dah terbayang-bayang nak miliki kereta sekiranya interview anda berjaya dan ditawarkan gaji seperti mana yang anda minta dalam resume.

He…23x

Tetapi selalunya, gaji permulaan tidak seperti yang anda harapkan. Sebab x sampai hujung bulan (ok, kita ambil tengah bulan), dah habis dan terpaksa menanti duit gaji seterusnya.

Ok, disini Bro ingin kongsikan Carta Margin Gaji dan Kereta Yang Layak Dimiliki.

Carta Margin Gaji dan Kereta Yang Layak Dimiliki

Ok,

Carta ini, bukan niat nak memperlekehkan gaji korang atau mengatakan level korang hanya layak pakai kereta macam ini je.

Cuma nak korang tentang margin gaji dan kereta yang sesuai dengan gaji bulanan anda (Tolak duit dari side income anda).

Seeloknya bayaran kereta biarlah bawah 15% dari gaji kita sahaja. Jika tidak kita akan jadi hamba abdi kereta. Percayalah.

Tak nak percaya? Ok, itu hak anda.

Sekiranya anda berbelanja hingga 30% dari gaji anda untuk kereta. Berapa baki yang anda miliki untuk anda selesaikan segala komitment bulanan anda (termasuk menjelaskan hutang PTPTN) dan berapa pula yang dapat anda simpan pada setiap bulan?

Belum lagi termasuk kes service dan kos-kos tambahan berkaitan dengan kereta.

Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Kebanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.

Tak pepasal, kopak lagi duit dekat situ.

Mungkin sudah tiba masa untuk anda belajar cara penjagaan dan selenggara kereta anda sendiri. Tetapi bagaimana? Dapatkan 50 Tips Penjagaan Kereta ini.

Bila terikat dengan kereta, bila masa pula anda akan mula start beli rumah yakni rumah pertama anda? Jemput baca Rahsia Memiliki Rumah Pertama diusia Muda dan selamat termenung di bilik termenung 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Senarai Kereta Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji Bulanan Anda

  1. hahahaha..ketawa saya bila baca bab promote orang tapi dia sendiri pakai myvi..tapi kan bro, pakai myvi pun gaji sebulan 4k..banyak juga tu *kalau ikut pada carta itulah*..hehhe

    1. Kalau ikutkan ramai yang pakai MyVi.

      Tapi zaman sekarang gaji RM4k nampak banyak, tapi sebenarnya cukup-cukup je tue. Nak buat saving atau loan rumah pun sukar bila komitment bulanan terlalu tinggi.

    2. betul tu..pernah berbual dengan dia..tanya, gaji 2500 miskin ke. jawapan dia..aduh..sakit hati..dia cakap, zaman sekarang ni, gaji 5K tu pun dah kira miskin. kalau gaji besar macam tu kira miskin, macam mana pula dengan gaji yang lebih kecil? adoi la!

    3. Sebenarnya, ikut orang juga dan cara dia berbelanja… Cuma zaman sekarang, kalau bukan kerja kerajaan dan gaji dalam 2k, agak sukar juga nak buat apa-apa loan.

      Sedangkan yang gaji besar pun susah nak buat loan bila pihak bank tahu dia kerja dengan company ail & gas he…23x

      Nampak tak, permainan dekat situ. Bank sendiri tak berani nak bagi loan

    1. Betul tue, kadangkala ada juga masalah nak dapatkan alat ganti bila hadapi masalah. Nak beli yang ori x beberapa nak mampu (waktu itu), nak rekon, jenuh pulak nak mencari.

  2. duit gaji sepatutnya dibelanjakan mengikut keperluan, bukan kemahuan. Kalau perlu beli kereta, cukup lah sekadar yang kita mampu, bukan dengan niat nak menunjuk pulak..=)

    1. Tapi selalunya ramai yang beli sekadar yang termampu, tetapi masih diterapkan dengan niat nak menunjuk…

      Tue pasal, Kancil jadi Mira. Wira jadi Mitsubishi he..23x

  3. kete viva saye habis bayar tahun ni, rmi duk perli bile nak tukar baru…aduhai tukar kete baru ni maknanya tambah hutang…nantilah dulu, bia dapat menikmati lebihan duit dulu

Leave a Reply

Top