You are here
Home > Bersama BroFramestone > Genap 5 Tahun Mengenali Blogger Denaihati

17,642,991 total views, 4,124 views today

Genap 5 Tahun Mengenali Blogger Denaihati

BroFramestone Denaihati Top Blogger Malaysia
Hari ini, genap 5 tahun kami berkenalan di laman facebook (ini facebook yang bagi reminder he…23x)

Tn Haji Amir atau lebih dikenali dengan nama Denaihati selaku pemilik dan pengasas www.denaihati.com dan Denaihati Network.

Kalau ikutkan,

Kali pertama kami bersua muka sewaktu majlis Iftar yang berlangsung di Royal Selangor Golf Club. Waktu itu, Bro baru tahu tentang projek eQurban – Ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja.

Ininya semua disebabkan oleh ajakkan arwah Jai Ramli untuk berbuka sama pada hari itu.

Al-fatihah buat arwah.

Bro Framestone Denaihati
Ini pula, sewaktu iftar di salah satau hotel berdekatan dengan Mid Valley.

Waktu ini, Bro belum kahwin lagi dan ketika ini Bro mula mengenali keluarga Denaihati. Hampir-hampir nak jadi menantu he…23x

Kalau tak salah Bro, waktu ini bukan sahaja blogger bahkan ada rakan dari media cetak juga hadir. Secara tidak langsung menambahkan network dikalangan kami.

Terima kasih diucapkan.

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Ini juga sewaktu majlis Iftar anjuran Denaihati Network di Laman Kayangan Shah Alam.

Kalau tak salah, waktu ini diadakan kejutan ulang tahun kelahiran isteri beliau.

majlis Iftar anjuran Denaihati Network di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya

Ini pula sewaktu majlis Iftar anjuran Denaihati Network di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya. Ianya sebelum hotel ini ditutup.

Awat banyak gambar Bro dengan Denaihati sewaktu iftar je.

Bulan-bulan lain, xkan tak jumpa kot? He…23x

Denaihati MSMW2014 iPad Mini
Ini pula sesi penyerahaan iPad Mini bagi hadiah Cabutan Bertuah #SBB2014 sewaktu Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014.

Itu la MSMW terakhir yang dapat Bro hadiri sejak ianya mula dianjurkan di Malaysia sekitar tahun 2011.

Siapa Sebenarnya Denaihati?

Sekiranya anda ingin mengenali beliau, anda boleh layari http://denaihati.com/biodata.

Bicara Bro : Beliau antara usahawan yang Bro kenali. Kalau ikutkan banyak peniagaan yang telah beliau ceburi. Hingga kini, masih belum sempat untuk duduk semeja mengeteh sambil bincang / berkongsi ilmu secara face to face.

Kami berdua pernah tercalon dalam Top 3 Best Personal Blog bagi Blogrrr Awards 2013 dimana Denaihati dinorbatkan sebagai pemenang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Genap 5 Tahun Mengenali Blogger Denaihati

Leave a Reply

Top