You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 10 Fakta Mengenai Salam Browser Yang Perlu Anda Tahu

17,430,857 total views, 4,701 views today

10 Fakta Mengenai Salam Browser Yang Perlu Anda Tahu

Fakta mengenai Salam Browser
Sejak kebelakangan ini, ramai yang memperkatakan tentang kewujudan Pelayar Web Halal (Halal Browser) yakni Salam Browser.

Ianya dikatakan merupakan produk islamik yang menerapkan beberapa ciri yang mampu memberi keselamatan dan pelindungan secara menyeluruh bagi penggunanya yang mematuhi undang-undang syariah.

Rasanya tak salah jika kita semua menyokong dan mencubanya.

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun ia dari laman www.salambrowser.com

Bagaimanapun, hari ini Bro ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa fakta yang mungkin anda sendiri tidak tahu / ingin tahu mengenai Salam Browser.

1 – Platform berasaskan Chromium

Salam browser dibangunkan diatas platform berasaskan Chromium (Sebab itu ianya lebih kurang macam Google Chrome je kan).

Berbeza dengan browser lain, kebanyakan add-on telah siap dipasang padanya. Maka, ianya paling sesuai jika anda kurang arif tentang add-on atau plugin yang sesuai untuk mengawal kandungan (filter) atau block iklan yang tidak sepatutnya.

Ye la, bukan semua orang dilahirkan terus arif tentang benda ini.

Kalau tidak, mesti tiada kes orang menyalah gunakan internet untuk mencari kandungan yang tidak sepatutnya. Terutamanya anak-anak anda yang baru berjinak-jinak untuk melayari internet.

2- Hanya untuk pengguna Window

Buat masa ini (29 Mei 2016), hanya pengguna Window sahaja boleh menggunanya. Masih belum dibangunkan untuk pengguna Mac dan juga pengguna telefon pintar.

Salam Browser - Pelayar Web Patuh Syariah

3- Block Iklan yang tidak Sepatutnya

Bagi sesetelah plugin yang mungkin anda biasa gunakan, ianya block sebarang iklan dari muncul sewaktu anda melayari laman web.

Bagaimanapun dengan Salam Browser hanya iklan tertentu sahaja akan di block (kena ingat, ada orang lain jana pendapatan dari iklan yang dipamerkan dalam laman web mereka). Memang ada sesetengah iklan itu macam menyemak je pada diri korang.

Sekurang-kurangnya, iklan berbentuk lucah, perjudian atau yang memudaratkan tidak terpamer sewaktu anda atau anak anda layari internet.

Bagi mana-mana laman yang mengeluarkan popup, anda akan menerima mesej amaran sama ada untuk membenarkan popup itu keluar atau tidak.

Kadangkala, popup yang keluar bukannya iklan, tetapi malware yang mampu membuat laptop anda memuat turun sesuatu tanpa kebenaran anda.

4- Kandungan Terkawal

Jangan risau jika anak-anak anda melayari internet menggunakan Salam Browser.

Mana-mana laman web yang tidak sepatutnya di block dari pengguna untuk meng’access’nya dan terkawal. Bagaimanapun, Ada juga laman web yang diblock oleh Kerajaan, masih boleh di’access’ melalui Salam Browser. Sila rujuk fakta ke -6

Fungsi Safe Search Salam Browser

5- Hasil Carian Ditapis

Hasil carian dari enjin carian “search engine” ditapis sebelum dipamerkan. Mana-mana hasil carian yang membawa kepada laman web atau kandungan tidak sepatutnya tidak akan dipamerkan pada hasil carian.

Hasil carian yang ditapis ini termasuk gambar.

Memang pada browser lain ada fungsi “Safe Search” dan ianya boleh On / Off oleh pengguna. Malangnya bagi pengguna Salam Browser, ianya sentiasa On dan tidak dapat di’Off’kan.

6- Access Laman Web disekat oleh Kerajaan

Menurut sumber Sos Cili, Salam Browser mempunyai fungsi VPN yang terbina padanya. Membolehkan anda melayari laman web yang disekat oleh kerajaan Malaysia. Terutama laman web yang berbau politik.

So bagaimana pula dengan laman web lucah yang disekat oleh kerajaan? He…23x Jangan pula korang gegatal nak cuba pula, sebabnya… (Lagi mahu tanya).

Sekiranya anda terjumpa laman lucah atau perjudian yang belum lagi disekat pada Salam Browser, anda boleh buat report dengan menjadi Ejen Salam Browser.

Sila rujuk Fakta ke-8.

7- Salam Browser vs Youtube
Salam Browser - Fungsi Download Video
Bukan sahaja hasil carian dari search engine sahaja disekat. Bahkan video yang “kurang sesuai” ditonton di Youtube juga disekat.

Rasanya video dalam gambar diatas tidak “membahayakan” he…23x

Selain itu, anda boleh memuat turun video di laman Youtube melalui plugin yang telah tersedia dipasang padanya. Sekaligus dapat menjimatakan qouta internet anda sekiranya, anda jenis suka menonton video yang sama berulang kali.

Selamat mencuba 😉

Iklan overlay pada video juga disekat dari muncul. Maka anda boleh menikmati saat menonton video di Youtube tanpa diganggu oleh iklan yang annoying tertiba muncul pada video berkenaan.

8- Jadi Ejen Salam Browser

Walaupun ada banyak laman web / kandungan telah disekat, mungkin ada juga yang terlepas pandang.

Salam Browser bukannya boleh memantau kesemua kandungan tanpa bantuan anda semua. Sekiranya anda terjumpa laman-laman yang kurang sesuai, anda boleh bertindak sebagai Ejen Salam Browser dengan membuat report terhadap laman tersebut.

Menjadi tanggungjawab sosial anda untuk memastikan laman-laman seperti ini tidak dipaparkan pada Salam Browser.

Dengan tindakan anda ini mampu memastikan matlamat asal Salam Browser terlaksana.

9 – Antivirus, anti Salam Browser.

Baru-baru ini terdengar rungutan dari beberapa kenalan yang ingin mencuba menggunakan Salam Browser.

Malangnya mereka tidak dapat memuat turun installer Salam Browser kerana antivirus yang mereka gunakan menganggap ianya memberi ancaman kepada PC mereka.

Siap ada laptop yang hang sewaktu ingin memuat turun.

Yup, sewaktu memuat turun dan bukannya sewaktu install Salam Browser pada PC. Pelik bukan?

Tapi menurut maklumat yang Bro dengar. Hanya ada beberapa antivirus sahaja yang menganggap ianya ancaman. So, cara terbaik sewaktu anda ingin memuat turun installer dari laman www.salambrowser.com, anda perlu mematikan sebentar antivirus anda.

Pihak Salam Browser tengah cuba “menjernihkan” perkara ini agar kesemua antivirus tidak menganggap ianya sebagai ancaman.

10- Siapa orang kuat disebalik Salam Browser?

Ada laman blog menyatakan Salam Browser dibangunkan oleh orang Malaysia.

Malangnya, dari sumber yang Bro ketahui. Pengasas dan pemiliknya bukan orang Malaysia. Nantilah Bro dedahkan he…23x Korang ingat gosip pasal artis je ke Bro tahu.

Fakta mengenai Salam Browser

Sekiranya anda ingin mencuba menggunakan Salam Browser.

Anda boleh memuat turun dari laman www.salambrowser.com (Pastikan anda rujuk fakta ke-9 sebelum memuat turun)

Jika ada fakta yang kurang jelas / salah atau perlu ditambah. Boleh drop komen dibawah ini untuk penambahbaikan artikle ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “10 Fakta Mengenai Salam Browser Yang Perlu Anda Tahu

  1. wah, bagusnya ada browser yang macam ni..secure sikit budak2 zaman skrg nak wat research dkt internet ini
    mungkin sbb coding script browser ni kot, tu yg antivirus detect sbg ancaman.

  2. Apa yang bagusnya dengan Salam Browser adalah ia percuma untuk semua pengguna internet. Lagipun projek untuk membina pelayar web yang betul-betul Islam bagi yeop adalah sangat berjaya.

    P/s: dok tunggu Windows Patuh Syariah pulak.

Leave a Reply

Top