March 29, 2024

Drypers Malaysia Lancar Kempen Moms of Malaysia 2016

Drypers Moms of Malaysia 2016
Drypers Malaysia secara rasminya telah melancarkan kempen Moms of Malaysia 2016 yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Sebelum menjelang majlis pelancaran yang berlangsung pada 5-8 Mei, ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto mengenai detik istimewa dengan bayi-bayi mereka di Facebook atau Instagram.

Sambutan dari ibu bapa sangat menggalakkan menerusi serahan ratusan foto yang menyentuh hati serta menonjolkan detik istimewa si ibu dan anak seperti sedang ketawa, keselesaan dan berkasih sayang.

Tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan, Drypers dengan bangga menayangkan semua foto tersebut di atas skrin LED untuk disaksikan semua hadirin sepanjang majlis.

Ibu-ibu masih boleh terus menghantar foto sepanjang majlis berlangsung, menggunakan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia.

Penyokong Moms of Malaysia (MOM) - Elaine Daly

Penyokong Moms of Malaysia (MOM) yang juga ibu glamor kepada anak perempuan berusia 9 bulan, Elaine Daly meluangkan masa berkongsi cerita tentang detik-detik yang mempesonakan dengan buah hatinya itu, termasuk berbicara mengenai pengalaman keibuan.

Elaine menegaskan intipati kempen ini adalah untuk mengingati setiap detik tersebut dan benar-benar merasainya kerana ia sangat berharga, dan cepat berlalu.

Detik membahagiakan itu ialah memori yang akan diingati seumur hidup.

Evelyn menjelaskan, kempen tahun ini menggabungkan elemen kebajikan yang dipanggil Share A Little Comfort, membabitkan penyertaan ibu-ibu Malaysia yang bersemangat dan pengasih.

Share A Little Comfort

Share A Little ComfortMelalui kempen ini, beberapa rumah anak yatim yang dihuni kanak-kanak kurang bernasib baik menerima pengubahsuaian ruang. Ianya bertujuan memberikan keselesaan dan untuk memastikan kanak-kanak ini tinggal dan membesar dalam persekitaran yang membuatkan mereka rasa seperti di rumah.

Drypers kini sudah siap mengubahsuai rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting dengan bantuan ahli-ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia, Elaine Daly, pihak-pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd.

Rumah anak yatim itu yang beroperasi sepenuhnya di bawah bantuan dana luar ialah kediaman kepada 120 kanak-kanak berumur 2-18 tahun.

Penambahbaikan kemudahan membabitkan kerja membaik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan baru. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi bersama sepanjang inisiatif CSR tahun ini.

Anda juga digalakkan menyumbang kepada inisiatif ini dan menyertai pasukan Drypers dalam usaha menaik taraf tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016.

Ahli-ahli Drypers Baby Club boleh turut sama membantu dengan sumbangan mata ganjaran menerusi pembelian pek Drypers (dengan matlamat mencapat 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000) atau menjadi sukarelawan dalam program ubahsuai kediaman.

Mata ganjaran boleh disumbangkan dalam jumlah 100, 300 atau 500 menerusi akaun online keahlian Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers.

Inisiatif Share A Little Comfort dan Drypers
Keluarga yang menghadiri acara ini turut boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort dan Drypers akan menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi pihak mereka.

Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born dalam beg eksklusif Drypers Mommy, termasuk mengambil foto maternity percuma.

Sebagai jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 16 tahun, Drypers berjaya mengumpul lebih 200,000 ibu bapa untuk menyertai komuniti onlinenya – Drypers Baby Club.

Drypers bukan hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, tetapi turut mendidik dan mempengaruhi ibu bapa menerusi platform online supaya dapat membantu mereka dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan harmoni.

Ahli-ahli juga bermanfaat daripada program ganjaran menarik dan mudah – Drypers Point Shop, di mana ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnya untuk mendapatkan alat mainan yang seronok dan berbentuk pendidikan.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia atau ingin menjadi sukarelawan, anda boleh layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY.

Bagi menderma mata ganjaran pula, anda boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Drypers Malaysia Lancar Kempen Moms of Malaysia 2016

  1. Tahniah untuk drypers yang anjurkan kempen seperti ini. Golongan yang tidak bernasib baik memang memerlukan bantuan daripada syarikat-syarikat besar seperti ini.

Leave a Reply to software cetak kartu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *