‘Beli Rumah, Jom Umrah’ Bersama IJM Land dan Andalusia Travel & Tours

16,893,553 total views, 947 views today

‘Beli Rumah, Jom Umrah’ Bersama IJM Land dan Andalusia Travel & Tours

'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land Bhd dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
IJM Land dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej umrah kepada mana-mana bumiputera yang berminat ingin membeli rumah dengan mengadakan kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’.

Ianya terbuka kepada mereka yang ingin memiliki rumah di Seremban 2, Seremban 2 Heights atau Seri Binjai @ Rahang yang masing-masing dibangunkan oleh IJM Land.

Sekaligus, pembeli mampu menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA.

Kenapa ianya ditawarkan secara percuma buat bumiputera yang berminat membeli rumah dengan IJM Land?

'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land Bhd dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Menurut Mr Hoo Kim See selaku Senior General Manager of IJM Land Central Region,

Ianya merupakan salah satu kaedah yang boleh mengurangkan beban kewangan bagi bumiputera untuk membeli rumah pada harga berpatutan. Dalam masa yang sama menyediakan platform yang memudahkan mereka menunaikan salah satu rukun islam.

Dengan memperkenalkan kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’ kepada bumiputera, ianya mampu memberi peluang dan ruang untuk mereka memiliki harta duniawi dalam masa yang sama menyediakan “bekalan” untuk akhirat sana.

Kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’

'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land Bhd dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Untuk setiap pembelian unit, IJM Land akan menawarkan kepada pembeli pakej trip menunaikan umrah selama 12 hari yang ditaja sepenuhnya buat 2 orang dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Pakej trip ini meliputi tiket penerbangan, penginapan di Hilton Towers, Mekah untuk 6 malam dan Mawaddah al Waha/Mawaddah al Huda, Madinah untuk 4 malam beserta pengangkutan darat dan makanan.

Termasuk dalam pakej trip ini, IJM Land menawarkan pakej pemilikan untuk membantu pembeli memiliki rumah, diantaranya :-

  • Bayaran pendahuluan yang rendah
  • Kadar interest 0% bagi pembayaran balik sehingga 36 bulan melalui kad kredit
  • Yuran keahlian Kelab S2 secara PERCUMA selama 2 tahun.
  • Subsidi yuran dokumentasi guaman, dan
  • Beberapa faedah yang pembeli boleh nikmati

Sebagai pelangan setia IJM Land, anda juga berpeluang untuk menikmati potongan rebate diantara 1% – 1.5% dibawah IJM Land’s Purchaser Priority Programme.

Sekiranya pembeli berminat untuk membeli rumah, tetapi belum sedia untuk menunaikan ibadah Umrah. Mereka boleh hadiahkan trip Umrah ini kepada ibubapa mereka, sebagai tanda menghargai kasih sayang mereka kepada anda selama ini.

Bagaimanapun tawaran ‘Beli Rumah, Jom Umrah’ akan berakhir pada 31 Julai 2016.

Seremban 2 – A Great Place to Live!


Seremban 2 dibangunkan oleh IJM Land di Negeri Sembilan dengan keluasan 2,300 ekar.

Hingga kini, ianya merupakan pembangunan yang progresif dan berjaya di Negeri Sembilan dengan 90% hampir siap bagi memenuhi populasi 50,000. 30% daripadanya terdiri dari bumiputera.

Rumah yang dijual dibawah kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’ ini terdiri dari :-

  • Rumah Teres 2 Tingkat 20′ x 70′ dari harga RM488,110
  • Rumah Teres 22′ x 70′ dari harga RM558,410
  • Rumah Teres Super 24′ x 80′ dari harga RM661,010, dan
  • Rumah Semi-D 2 Tingkat dari harga RM925,110.

Ada diantara rumah telah siap dan sedia untuk diduduki, sekaligus menambah penjimatan dari segi terma interes kepada pembeli.

Pembeli juga boleh datang dan melihat sendiri rumah tersebut sebelum membuat pembayaran pendahuluan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’ dan juga pembangunan lain yang dijalan oleh IJM Land, anda boleh layari www.ijmland.com
'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land Bhd dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Penafian : Kempen ‘Beli Rumah, Jom Umrah’ bukannya pertandingan / kontest tetapi merupaka promosi kepada pembeli bumiputera bagi setaip unit yang dibeli (hanya pada rumah tertentu) dengan IJM Land untuk melayakan mereka menikmati pakej Umrah yang ditawarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *