April 18, 2024

Acer Perkenalkan Produk Inovatif Terkini 2016 Bagi Pasaran Malaysia

Acer and Microsoft management with the new range of Acer products
Acer telah memperkenalkan barisan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia bagi tahun 2016.

Rangkaian produk baharu itu diterajui oleh notebook yang sudah lama ditunggu-tunggu dan banyak diperkatakan, Switch Alpha 12.

Ia merupakan notebook pertama dalam industri yang tidak mempunyai kipas dan menggunakan pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-6,Core i5 atau Core i3.

Menurut Pengarah Jualan dan Produk Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong,

“Acer sentiasa melakukan inovasi ke atas produk dan reka bentuk dalam usaha menjadi sebuah syarikat perkasasan + perisian + perkhidmatan. Pelancaran rangkaian produk terbaharu ini adalah sebahagian daripada usaha Acer untuk memperkasa dan mempercepatkan transformasi tersebut.”

Antara produk-produk menarik yang turut dilancarkan ialah Aspire S 13, Aspire R 15, Aspire E & F Series dan Acer R1 Series.

Switch Alpha 12 – Notebook 2 dalam 1 Ultra Nipis dan Boleh Ubah Dengan Sistem Penyejukan Cecair yang Pertama Dalam Industri

Model with Switch Alpha 12Diperkenalkan kepada dunia kurang sebulan lalu di New York, Switch Alpha 12 baharu dengan Windows 10 jelas membawakan siri 2 dalam 1 Acer yang popular itu ke satu tahap baru dari segi inovasi menerusi teknologi penyejukan cecair yang tersendiri.

Teknologi Acer LiquidLoop™ menawarkan operasi yang senyap, boleh dipercayai, prestasi efisien dan kestabilan dengan jangka hayat bateri selama lapan jam untuk kegunaan sepanjang hari.

Switch Alpha 12 memberikan ciri terbaik yang ada pada rangkaian produk Switch 2 dalam 1 Acer yang memenangi anugerah.

Ia turut ditambah dengan ciri-ciri baharu seperti rekaan tanpa kipas, papan kekunci ultra nipis yang boleh dilekatkan dan prestasi perkomputeran mudah alih terkini menerusi pemproses Intel Core Generasi ke-6.

Reka bentuknya yang versatil dengan kaki pelbagai posisi, papan kekunci boleh dipasang serta Acer Active Pen nyata menawarkan fleksibiliti sebagai sebuah notebook Windows 10 dan tablet dengan fungsi PC sepenuhnya.

Ini menjadikannya teman ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan, menyunting dan menikmati pengisian di mana-mana sahaja.

Switch Alpha 12 hadir bersama paparan skrin sentuh bersaiz 12 inci dengan resolusi 2160 x 1440 yang cukup mengagumkan.

Ia membolehkan pengguna untuk menonton apa sahaja dengan kejelasan yang luar biasa. Switch Alpha 12 yang ringan dan nipis akan didapati di Malaysia pada harga bermula RM2,499.

Aspire S 13 – Lebih Nipis, Cantik, Berkuasa dan Pantas pada Harga yang Semakin Menarik

Komputer riba siri S yang ultra nipis kini menawarkan gabungan terbaik di antara prestasi dan binaan pada harga cukup menarik menerusi model Aspire S 13.

Model with Aspire S 13

Lebih nipis – Hanya setebal 14.58mm, Aspire S 13 ialah komputer riba ultra nipis bersaiz 13.3 inci yang berkuasa dan efisien. Ia hanya seberat 1.3kg dan merupakan salah satu ultrabook paling nipis di dunia.

Lebih menarik – Aspire S 13 sememangnya sangat cantik. Kesan potongan serong yang tajam dan kemas menggunakan permata pada bahagian sisi C-cover dan Touchpad yang tepat membuatkan S 13 cukup menarik perhatian.

Selak yang berkilat kelihatan kontras dengan pelindung berwarna matte, sekali gus membuatkan S 13 begitu menonjol.

Sementara corak cetakan nano Acer yang bergaya dan premium pada bahagian besi atas membawa reka bentuk ke tahap seterusnya.

Lebih pantas – Pemprosesan berkuasa tinggi dengan Pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-6. Bukan itu sahaja, port USB 3.1 Type-C yang boleh diterbalikkan menyokong pemindahan data ultra pantas.

Sebagai notebook pertama di pasaran yang mempunyai fungsi MU-MIMO bersepadu, Aspire S 13 menawarkan prestasi termaju dan kecekapan rangkaian yang tiada tandingan.

Nikmati penggunaan Aspire S13 selama 13 jam tanpa perlu megecaj semula. Pada masa sama hayati kualiti bunyi yang jelas dengan Acer TrueHarmony™, komputer riba ini dijual pada harga bermula RM2,799.

Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri dan spesifikasi produk, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Acer Perkenalkan Produk Inovatif Terkini 2016 Bagi Pasaran Malaysia

  1. setakat ni dah pernah memiliki 2 notebook acer dan 1 netbook..

    Aljamdulillah, notebook acer yg saya beli oada tahun 2006 dan tahun 2012 masih lagi elok sehingga sekarang…

    cuma netbook acer yg wife beli pada tahun 2010 dah tak boleh digunakan lg.. sbb screen dah pecah, anak2 kami yg buat.. huhuhu..

Leave a Reply to Fadhel Kansaz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *