April 18, 2024

Pengalaman Mengadakan Ujibakat Pencarian Pengacara Rancangan

Juri Ujibakat Pengacara Retis
Ini merupakan pengalaman pertama Bro menguruskan ujibakat bagi mencari pengacara rancangan sebagai juri.

Ujibakat ini diadakan di CVS Production untuk mencari pengacara bagi mengacarakan rancangan yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Yang menariknya, BRO – Blog Retis Official dilantik menjadi rakan media / media rasmi untuk rancangan yang akan ditayangkan pada setiap minggu ini.

Nak tahu lebih detail?

Tunggu pengumuman rasmi dari pihak penganjur.

Ujibakat Pengacara Rancangan

Ujibakat Pengacara Rancangan

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan dan peserta yang hadir mempunyai latar belakang / kerjaya yang ada kaitan dengan bidang pengacaraan.

Paling tak sangka, ada selebriti dan juga wartawan TV hadir untuk sertai ujibakat ini.

Ujibakat Pengacara Rancangan

Agak malang buat semua peserta.

Kerana mereka perlu menjalani ujibakat dengan menemubual Bro yakni seorang yang suka loyar buruk sambil buat muka serius dalam masa yang sama memastikan temubual itu tidak melalut dan lari dari tajuk.

Lebih kepada macam mana mereka menceriakan dan menghidupkan suasana.

Biasalah, bukan semua tetamu yang bakal dijemput bagi rancangan ini boleh menjawab dengan lancar dan petah berkata-kata.

Dalam masa yang sama memastikan ada input dari tetamu jemput berjaya dikorek dengan bernas oleh pengacara untuk dikongsikan bersama penonton.

Ujibakat Pengacara Rancangan

Antara mereka yang masih setia menanti hingga ke akhir sesi ujibakat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak CVS Production kerana sudi menaja lokasi dan peralatan untuk kami menjalankan ujibakat ini.

Sekiranya ada diantara anda yang ingin menggunakan perkhidmatan photographer profesional mahupun ingin menyewa studio, anda boleh hubungi :-

CVS Production

No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1,
43200 Cheras, Selangor.

No. Tel : 0166664034
Email : studio@cvsproduction.net

Laman : www.cvsproduction.net ! Instagram.com/cvsproduction ! Fb.com/CvsProduction/

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter ! Google+

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Pengalaman Mengadakan Ujibakat Pencarian Pengacara Rancangan

Leave a Reply to mselim3 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *