April 18, 2024

Teknologi Waste to Energy – Tukar Sampah Jadi Sumber Tenaga

Teknologi Waste to Energy - Hasilkan Tenaga Dari Sisa Buangan

Apa itu Teknologi Waste to Energy (WtE)

Selama ini mungkin kita tidak menyedari bahawa tidak semua sisi buangan yakni sampah yang kita buang dapat dikitar semula.

Kebanyakan akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah.

Tetapi, tahukah anda bahawa sisa buangan yang tidak dapat dikitar semula ini mampu ditukarkan menjadi sumber tenaga yang boleh diguna pakai.

Ini semua tidak mustahil dengan adanya Teknologi Waste to Energy (WtE).

Apa itu Teknologi Waste to Energy (WtE)

Mesti anda tertanya-tanya apa sebenarnya teknologi Waste to Energy atau WTE?

Teknologi WTE merupakan teknologi yang mampu mengubah bahan buangan seperti sampah kepada tenaga yang boleh di guna pakai.

Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber yang sedia ada sekaligus akan menambah baik kegunaan tenaga di negara kita.

Jika ikutkan, teknologi ini telah diguna pakai oleh sesetengah negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, Denmark, Singapura dan juga Austria.

Loji Waste to Energy di Luar Negara

Bagaimanapun, masyarakat negara kita masih belum mampu menerima teknologi ini kerana risau ianya mendatangkan kemudaratan kelak.

Sedangkan di negara maju, mereka secara terang-terang membina loji tenaga ini di tengah-tengah bandar.

Di sini Bro kongsikan statistik mengenai bilangan loji WtE di negara luar.

Bilangan Loji Waste to Energy di Negara Luar

Sedangkan negara jiran kita, Singapura juga telah menjadikan WtE sebagai salah satu sumber tenaga alternatif mereka.

Mungkin anda sendiri tidak tahu kepentingan Loji Waste to Energy.

Loji ini akan menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat segala sisa buangan untuk menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api kenderaan

Disini Bro ingin kongsikan kebaikan Loji Waste to Energy berbanding dengan Tapak Pelupusan Sampah (yang masih diamalkan dinegara kita) :-

  • Loji merupakan kaedah rawatan bukan sekadar tapak pelupusan sampah yang terakhir
  • Dapat mengurangkan pencemaran bau
  • Mampu mengurangkan sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85% dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan yang sedia ada selain mengurangkan persaingan guna tanah
  • Proses penguraian melalui proses rawatan adalah lebih cepat
  • Air larut resap yang dihasilkan lebih sedikit berbanding dengan tapak pelupusan sampah
  • Tiada penghasilan gas metana yang boleh menyumbang kepada pemanasan global
  • Kadar penghasilan Renewable Energy lebih tinggi dan janaan sisa boleh diperolehi lebih cepat
  • Bekas tapak boleh diguna semula untuk pelbagai tujuan

Loji Termal Waste to Energy di Malaysia

Buat masa ini,

Terdapat beberapa loji termal di Malaysia, bagaimanapun ianya tidak mampu menampung kapasisi keseluruhan sisi buangan kita setiap hari.

Oleh itu, terdapat beberapa lokasi dicadangkan sebagao tapak projek bagi pembinaan loji Waste to Energy untuk menampung kapasiti.

Antaranya di Taman Beringin Kuala Lumpur, Bukit Payung Johor dan Sungai Udang, Melaka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Waste to Energy, anda boleh layari laman http://wte.kpkt.gov.my/.

Notis Pemberitahuan (Bagi Premis Bertingkat)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:

Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan;

dan

Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:

  • Plastik;
  • Kertas; dan
  • Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:

Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Teknologi Waste to Energy – Tukar Sampah Jadi Sumber Tenaga

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *