17,145,005 total views, 394 views today

Jadual Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Piala Sultan Azlan Shah 2016
Jangan lupa untuk saksikan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang akan menampilkan Malaysia, Pakistan, India, Canada, Jepun, Australia dan juara bertahan, New Zealand bersaing di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh bermula 6 hingga 16 April ini.

Bagi mereka yang tidak dapat turun menyaksikannya, anda boleh menonton secara LIVE melalui Astro Arena saluran 801.

Astro Arena akan menyiarkan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 dengan penuh komprehensif disamping menjanjikan aksi terbaik dari sukan hoki antarabangsa ini.

Selaku rakan penyiar, Astro Arena sentiasa komited dalam menyajikan perlawanan berkelas dunia kepada peminat hoki tempatan dan antarabangsa disamping menyemarakkan lagi sukan hoki tanah air setelah memeteraikan perjanjian selama 8 tahun bermula dari 2015-2023.

Sebanyak 24 perlawanan akan dibawakan khas secara langsung dan ekslusif oleh Astro Arena dengan 3 perlawanan setiap hari.

Bagi memastikan penonton menerima maklumat terbaik dan terkini, Astro Arena akan membawakan pakar berpengalaman dalam sukan hoki termasuk pengulas tersohor seperti Zainal Abidin Rawop dan Shaukei Kahar.

Pada masa sama, perbincangan pra perlawanan selama 30 minit turut akan mewarnai Piala Sultan Azlan Shah yang akan dihiasi oleh Hafizal Hamad, Mirnawan Nawawi dan Mohd Abdul Hadi.

Bagi mereka yang mahu mendengar ulasan dalam bahasa Inggeris, usah gusar apabila pengulas khas dibawa dari Australia Ashley Morrison bakal menemani anda disamping dibantu Arul Selvaraj dan Mohd Dhaarma Raj.

Di sini, Bro ingin kongsikan Jadual Siaran Langsung Piala Sultan Azlan Shah di Astro Arena :-

6 April (LIVE)
Pakistan lwn Kanada 3.30ptg
Jepun lwn India 5.30ptg
New Zealand lwn Malaysia 8.00mlm

7 April (LIVE)
Australia lwn India 3.30ptg
New Zealand lwn Kanada 5.30ptg
Jepun lwn Malaysia 8.00mlm

9 April (LIVE)
Jepun lwn Kanada 3.30ptg
New Zealand lwn Pakistan 5.30ptg
Australia lwn Malaysia 8.00mlm

10 April (LIVE)
Jepun lwn New Zealand 3.30ptg
Australia lwn Pakistan 5.30ptg
Kanada lwn India 8.00mlm

12 April (LIVE)
Australia lwn New Zealand 3.30ptg
Pakistan India 5.30ptg
Kanada lwn Malaysia 8.00mlm

13 April (LIVE)
New Zealand lwn India 3.30ptg
Australia lwn Jepun 5.30ptg
Pakistan lwn Malaysia 8.00mlm

15 April (LIVE)
Jepun lwn Pakistan 3.30ptg
Australia lwn Kanada 5.30ptg
Malaysia lwn India 8.00mlm

16 April (LIVE)
Perlawanan tempat ke 5/6 3.05ptg
Perlawanan tempat 3/4 5.30ptg
Perlawanan Akhir 8.00mlm

Ekspresikan sokongan anda untuk sukan hoki serta pemain-pemain negara di persada antarabangsa melalui hashtag #MYHoki.

Selfie atau gambar yang terbaik akan menerima jersi eksklusif yang ditandatangani pemain-pemain hoki negara.

Bicara Bro : Dulu, sewaktu bersekolah di SMK Anderson, Ipoh. Boleh dikatakan hampir setiap hari menonton perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah secara langsung di Stadium Ipoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Jadual Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016

  1. gua nak tengok final je kat stadium, sekali kena pegi SBB..so tak dapat la nak join hoki kali ni..main biasa biasa tak bape best sgt tengok 😛

    1. Layan dekat Astro OnTheGo je la….

  2. Dulu memang minat permainan hoki ni, sekarang tak lagi..tapi hopefully Malaysia boleh sampai ke FINAL

  3. Wah… Dah start rupanya kejohanan Hoki ni… Perasan juga ada banyak Banting dipasang sepanjang jalan dekat Rumah ayah Mertua saya… Tapi tak sempat tengok tarikhnya…. Semoga pasukan Malaysia dapat menjuarai Kejohanan Hoki kali ni…

  4. assalamulaikum…. zaman anak dara dulu2 suka sangat layan HOKI siap kenal nama pemain hahhahaha… loni dah kahwin semua sukan2 dah kurang dah…

  5. salam kenal aja juragan… saya dari indonesia,,hehee,,jujur nih,,saya tidak pernah main,,permainan ini,,,cuma bisa liat di siaran tv saja,,heemm

  6. Wahh.. gua mmg lebih meminati hoki dari bola dari sekolah dulu… best Bro. Thanks sharing info ni… 🙂

  7. lama dah juga tak tengok hoki, dulu2 minat juga

  8. hoho..

    banyak game yang dah terlepas nih.

  9. sukses selalu buat blognya

Leave a Comment