March 19, 2024

Rahsia Memiliki Rumah Pertama diusia Muda

Bagaimana untuk memiliki rumah pertama

Pernahkah anda berimpian untuk memiliki rumah pertama?

Adakah impian anda telah tercapai? Atau anda masih belum berkemampuan untuk memiliki rumah pertama dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi masa kini.

Ramai yang ingin mempunyai rumah sendiri.

Malangnya ramai yang terpaksa pendamkan niat bila kewangan tidak mengizinkan. Timbul pula isu pinjaman (loan) tidak diluluskan kerana pekerjaan dan syarikat kita berkerja tidak stabil.

Belum lagi, situasi harga hartanah yang makin meningkat saban tahun.

Bagi yang sudah membeli rumah pula, terbeban dengan kos sara hidup yang juga meningkat. Komitmen juga bertambah saban tahun sehinggakan menjadi beban untuk melunaskan pinjaman bank pada setiap bulan.

Tidak lupa juga, ada yang bakal berhadapan dengan situasi diberhentikan kerja bila syarikat berniat untuk menghentikan atau mengurangkan gaji pekerja mereka.

Mana nak cari duit untuk bayar pinjaman sekiranya gaji dipotong ataupun diberhentikan kerja.

Lainlah jika anda merupakan pekerja kerajaan. Anda boleh rujuk Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan (Dikemaskini 1 Januari 2015) untuk mengetahui jumlah pinjaman yang boleh anda buat.

Ok, telan air liur sekejab. Nampak seram bukan.

Tetapi itu kenyataan yang perlu anda fikirkan dan bakal anda hadapi. Maka ramai yang mengambil jalan untuk tidak membeli rumah dahulu berbanding aset-aset yang lain seperti kereta dll.

Hari ini, Bro ingin berkongsikan beberapa tip dan panduan yang mungkin boleh membantu mempermudahkan urusan anda untuk memiliki rumah pertama.

Rahsia Memiliki Rumah Pertama diusia Muda

Rahsia Memiliki Rumah Pertama diusia Muda

Anda perlu tanam angan-angan untuk memiliki kediaman sendiri seawal mungkin, paling tidak semenjak hari pertama anda berkerja.

Gaji kecil?

Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda lepaskan angan-angan anda. Cuma banyak benda anda perlu korbankan diawal kerjaya anda untuk menjayakan impian anda.

Nampak macam anda akan kehilangan “keseronokan” yang anda ingin kecapi seperti rakan-rakan yang lain. Setiap bulan asik makan besar, shopping pakaian berjenama, bercuti diluar negara dan tayang kereta baru.

Bak kata pepatah “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

KItaran Hidup Individu

Mana tahu satu per satu rezeki anda dipermudahkan, bila anda sudah memiliki rumah sendiri untuk anda sekeluarga berteduh dan berlindung. Sekurangnya anda memiliki satu aset yang lebih bernilai berbanding kawan-kawan anda yang lain.

Kawal Perbelanjaan

Apa yang anda perlu buat, bagi mengawal perbelanjaan untuk membeli rumah pertama?

Ketepikan sedikit duit secara tetap pada tiap-tiap bulan untuk “Tabung Rumah Impian” (Boleh ubah nama tabung, asalkan mampu memberi motivasi kepada anda). Anda boleh mulakan dengan RM200 (RM50 pun boleh jika kurang berkemampuan) pada bulan pertama, kemudian meningkat pada bulan seterusnya.

Yang penting mestilah Istiqomah iaitu tetap dan berterusan.

Jangan pula bila tiba hujung bulan anda mula mengorek “Tabung Rumah Impian”. Jawapannya, makin pudar angan-angan untuk anda memiliki rumah impian.

Sekiranya anda mempunya masalah disiplin, digalakkan anda terus buat simpanan melalui potongan autodebit, cara ini lebih konsisten kan?

Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ditawarkan beberapa faedah kerana ia mengajar anda berhutang setiap bulan. Silap hari bulan, anda gagal mengawal pembelanjaan bulanan anda.

Satu lagi faktor yang perlu ada elakkan, adalah hobi menukar gajet setiap kali ada gajet terkini berada di pasaran. Asal ada je gajet terkini, terus rasa nak tukar / beli.

Ditambah lagi dengan kemudahan sewa beli gajet terkini. Secara tidak langsung, makin bertambah jumlah komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan.

Seeloknya, elak membuat pembiayaan peribadi.

Selain interestnya yang tinggi, pasti anda akan rasa terbeban untuk membayarnya. Cukup sekadar anda terbeban dengan hutang pinjaman pendidikan.

Buat Pilihan Bijak Sewaktu Membeli Rumah

Buat Pilihan Bijak Sewaktu Membeli Rumah

Sekiranya anda sudah bersedia untuk membeli rumah. Anda boleh mulakan dengan membuat tinjauan harga rumah semasa terutama di kawasan yang ingin anda beli.

Kalau rajin , sentiasa kunjungi seminar atau pameran membeli rumah yang diadakan. Kutip ilmu sebanyak boleh, jangan pula nak belagak pandai. Nanti, anda sendiri yang rugi.

Setidak-tidaknya , anda dapat perolehi ilmu / pengetahuan yang berguna supaya anda tidak menjadi mangsa penipuan (tertipu) semasa proses pembelian rumah nanti.

Memang anda tidak mudah lari dari kesalahan yang menyebabkan anda masih tak mempunyai rumah kediaman sendiri. Lebih-lebih lagi bila usia yang makin meningkat tua.

Tetapi anda tidak perlu risau, masih belum terlambat untuk anda mulakan semua ini daripada sekarang.

Anda cuma perlu rajin mencari infomasi dan maklumat berguna tentang perumahan baru atau lama yang hendak dijual. Mungkin masih ada rumah yang dijual pada harga yang mampu anda miliki.

Andai anda telah terjumpa peluang dan simpanan mencukupi, dapatkan konsultasi kewangan daripada pihak yang tepat. Rujuk juga pada mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa, kenalan ataupun mereka yang pernah membeli rumah.

rangka harga yang paling sesuai mengikut kemampuan anda

Kemudian, rangka harga yang paling sesuai mengikut kemampuan anda. Letakkan anggaran bajet untuk pembelian rumah dan semestinya jangka waktu pembayaran juga perlu diambil kira.

Jangan pula nanti anda tidak mampu nak beli makan dan minum untuk keluarga pula.

Anda boleh menggunakan aplikasi Kalkulator Pinjaman Perumahan bagi mendapatkan anggaran bajet untuk pembelian rumah erta jangka waktu pembayaran yang perlu anda buat.

Dalam pemilihan agen hartanah pula, kalau boleh anda pilih agen yang anda kenal, yang tahu latar belakangnya. Sama ada kawan atas kawan atau kenalan kepada keluarga anda.

Kalau boleh, kita tidak mahu anda ditipu hidup-hidup oleh agen anda sendiri.

Paling penting, bila sudah selesai semua urusan, jangan lupa beli insurans untuk rumah tersebut. Maklumlah, malang tidak berbau.

Mudah bukan? Apa-apa pun rancang kewangan anda dengan bijak!

Mana tahu rumah impian anda bakal menjadi rumah pertama anda tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin mengetahui beberapa tip yang boleh membantu anda memiliki rumah pertama, anda boleh baca di http://mega3.com.my/site2/blog.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Rahsia Memiliki Rumah Pertama diusia Muda

  1. Alhamdulillah rumah yang duduk sekarang ini dibeli pada usia 28 tahun. Memang target nak beli rumah sebelum masuk umur 30 tahun. Masa tuh kira-kira bayar sewa dan bayaran ansuran rumah lebih kurang jer. Tidak fikir panjang terus letak deposit RM100.

    Sekurang-kurang ada rumah sendiri boleh melunjur kaki dengan selesa. Pada masa rumah tersebut ada insuran tidak perlu bimbang . :)

  2. Target nak beli rumah pertama sebelum atau pada umur 30…ada berbaki 4 tahun lagi…masih berusaha nak kukuhkan kewangan dulu…survey harga rumah mengikut kemampuan…

    kalau ikut kalkulator pinjaman perumahan yang disediakan tu…loan untuk rumah harga tak lebih 250k lepas la kalau ikut gaji sekarang ni…rumah da la makin lama makin mahal ni…huhu

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *