April 19, 2024

Chili’s Malaysia – Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Ini merupakan kali pertama Bro singgah ke Chili’s di Citta Mall, Petaling Jaya bersama keluarga dan kenkawan.

Seronok menikmati hidangan yang terdapat di Chili’s terutama bila bersama keluarga. Dengan pilihan yang ditawarkan, pasti dapat memenuhi keinginan seisi keluarga.

Di sini, Bro ingin kongsikan beberapa menu yang telah kami order.

Dikatakan kebanyakan merupakan menu terbaru / terkini

Chili’s Appetizer (Pembuka Selera)

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Bottomless Tostada Chips -RM16.85 (Menu Wajib Order)

Antara menu yang wajib anda order sekiranya datang ke Chili’s. Chip tostada yang merupakan Chili’s signature disediakan segar setiap hari. Sedap dinikmati bersama house-made salsa.

Sambil menunggu menu lain dihidangkan, anda boleh menikmatinya sambil berborak-borak.

Seronok bersembang, tau-tau dah habis. Jangan risau, Tostada Chips ini anda boleh minta mereka tambah dan nikmatinya tanpa had.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Triple Dipper – RM34.20
Anda boleh memilih 3 daripada 5 pilihan pembuka selera dalam satu set. Ia dihidangkan dengan batang saderi segar (Ada cakap ianya sekadar hiasan, tetapi Bro buat ia jadi ulam) bersama sos untuk dicicah.

5 menu yang boleh anda pilih (atau anda boleh beli ala-carte) :-

  1. Chicken Crispers – RM29.30
  2. Wings Over Buffalo – RM23.15
  3. Southwestern Eggroll – RM19.50
  4. Craft Burger Bites – RM27.95
  5. Spiced Breaded Onion Rings – RM12.95 (Menu baru)

Chili’s Main Course (Hidangan Utama)

Chili’s Malaysia Menu 2016

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Southern Smokehouse Burger – RM34.95 (Fav Bro)
Burger yang disusun dengan daging lembu, keju cheddar cair, jeruk bawang putih, onion ring digoreng berempah, daun salad, mayo, tomato & Chili’s Signature sauce.

Dihidang bersama Chili’s classic BBQ sauce.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Country Fried Steak – RM49.95

Daging 4 oz ditumbuk dan disaluti roti tepung kemudian dimasak (sama ada setengah masak, masak sepenuhnya etc). Dihidang bersama setongkol jagung manis.

Tidak lupa juga kentang lenyek yang diliputi kuah berkrim lada hitam (Baby Fyna suka makan).

Sekiranya anda ingin menikmatinya, pastikan tekak anda boleh terima daging dimasak separuh, sepenuhnya etc. Sebab citarasa peminat daging adalah berbeza.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Sante Fe Quesadillas – RM29.95 (Fav Bro)

Tender ayam panggang, bersama keju jack yang dicincang dan jagung salsa segar, direnjis perahan limau zesty dan diapit antara dua roti tortillas.

Dihidang bersama pico de gallo yang segar dan krim masam.

Selain ayam, anda juga boleh gantikan sama ada daging lembu (RM38.95) atau udang (RM39.95).

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Chicken Enchiladas – RM26.95 (Fav Bro)

3 enchiladas bersama ayam yang diperap dibakar dengan keju Monterey Jack cheese. Diliputi 3 jenis keju yang cair, daun ketumbar, dan jagung bersama kacang hitam salsa.

Dihidang bersama nasi dan kacang hitam.

Anda boleh pilih krim masam ataupun sos cili hijau. Erm, Bro pilih sos cili hijau.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Chipotle Chicken Fresh Mex Bowl – RM29.95

Ayam panggang yang diperap, jagung, kacang hitam salsa, nasi dan chipotle pesto. Terdapat keju cheddar diatasnya, bersama pico de gallo, sayuran hijau yang segar, hirisan ketumbar, tortilla yang rangup dan avocado.

Chili’s Dessert (Pencuci Mulut)

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Molten Chocolate Cake – RM22.05 (Fav Bro)

Untuk pencuci mulut, anda boleh cuba kek coklat lembap dimana terdapat coklat cair ditengahnya. Diatasnya diletak aiskrim vanila yang disaluti coklat rangup.

Sesuai untuk dinikmati oleh 2 orang.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Skillet Toffee Fudge Brownie – RM17.95
Brownies bakar diatasnya terdapat aiskrim vanila yang dicurahi dengan sos karamel beserta kepingan gula-gula.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Antara minuman yang kami order :-

  • Electric Blue Blast (Fav Bro).
  • Virgin Pomegrante Mojito.
  • Watermelon Lemonade.

Chili’s Kids Meal – RM8.95

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico
Chili’s juga turut menyediakan Kids Meal pada harga RM8.95.

Sekiranya anda membawa anak anda datang ke Chili’s, mereka boleh memesan Kids Meal secara percuma dengan setiap pembelian hidangan utama yang terdapat pada menu ala carte.

Bagaimanapun ianya untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Setiap Kid’s Meal disertakan sekali minuman kanak-kanak yang boleh ditambah.

Chili's Malaysia - Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

Untuk pengetahuan anda, Chili’s merupakan Restoran Tex-Mex, yang menyajikan hidangan klasik Barat Daya Amerika dengan sedikit sentuhan Mexico.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :-

Chili’s Malaysia

Facebook : https://www.facebook.com/ChilisMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/chilismy/
Website : www.chilis.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Chili’s Malaysia – Hidangan Sentuhan klasik Amerika Citarasa Mexico

  1. Setakat ini belum pernah lagi makan dekat Chili’s Malaysia… Teringin juga nak bawa family makan dekat sini satu hari nanti… ;)

Leave a Reply to semakan upu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *