17,159,237 total views, 4,777 views today

Cawangan Pertama Gindaco di AEON Mall Shah Alam Saji Takoyaki

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Gindaco opened its first outlet in Malaysia at AEON Shah Alam
Gindaco terkenal di seluruh dunia dengan takoyaki premium mereka, kini telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia!

Snek berbentuk bebola yang dibuat daripada tepung gandum premium berintikan sotong itu kini boleh anda dapati di AEON Shah Alam.

Ianya dijangka akan dikembangkan sehingga 40 cawangan dalam tempoh 3 tahun.

Sempena perasmian pembukaannya, pengguna akan menerima segelas teh hijau secara percuma dengan setiap pembelian makanan. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Mei 2016.

Loob Holding, yang terkenal dengan kejayaan mereka dalam memperkenalkan pelbagai jenama F&B seperti Chatime, Tino’s Pizza, Soda Express dan llaollao ke Malaysia telah dilantik sebagai pengurus jenama Gindaco oleh Hotland Co.

Ia merupakan sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Jepun dengan lapan jenama di 669 lokasi di tujuh negara. Selain Gindaco, jenama-jenama lain adalah Ohgama-ya, Nihobashi Karari, Hottoya, Cold Stone, Gin-no-An, Croissant Taiyaki dan Forest.

Kerjasama antara Loob Holdings dan Hotland Co. telah melahirkan Loob Ventures Sdn Bhd, dan perkongsian ini akan mencorak peluang-peluang untuk memperkenalkan jenama Hotland Co. yang lain ke Malaysia.

Pengarah Urusan Loob Holding, Bryan Loo, menjelaskan bahawa mereka sentiasa mencari makanan atau minuman yang pantas serta mudah dimakan, dan boleh diautomasikan serta berskala.

Gindaco opened its first outlet in Malaysia at AEON Shah Alam

Mereka menawarkan takoyaki Gindaco sebagai snek premium yang pantas, dan disasarkan untuk pasaran terpilih.

Sotong yang digunakan diperoleh daripada lautan di benua Afrika dan setiap takoyaki akan mengandungi lapan gram sotong berkualiti tinggi.

“Begitulah komitmen kami untuk menggunakan bahan-bahan yang berkualiti walaupun kos sotong yang digunakan adalah 50 peratus daripada kos bahan-bahan mentah kami.”

Untuk adunan, mereka menggunakan tepung gandum berkualiti tinggi dan sup stok makanan laut.

Di Gindaco, takoyaki hanya akan disediakan sebaik menerima pesanan supaya dapat mencapai kualiti standard hidangan yang tinggi – rangup di luar namun lembut di bahagian dalam.

Gindaco opened its first outlet in Malaysia at AEON Shah AlamGindaco menyediakan empat pilihan takoyaki iaitu rasa Original, Negidako, Cheese Mentaiko dan Teritama.

Perisa Original adalah produk utama Gindaco.

Ia disiram dengan sos istimewa Gindaco dan ditabur dengan rumpai laut kering dan kepingan bonito.

Sementara itu Negidako dihidangkan dengan sos celup tempura dan ditabur dengan lobak putih dan bawang hijau serta rumpai laut kering dan kepingan bonito.

Bagi perisa Cheese Mentaiko, ia ditabur dengan keju mozzarella, pasli kering dan keju parmesan.

Bukan itu sahaja kerana ia juga dihidangkan dengan telur ikan kod berempah dalam sos mayo Jepun dan sos soya berkualiti tinggi.

Gindaco opened its first outlet in Malaysia at AEON Shah Alam

Bagi Teritama, ia disiram dengan sos premium teriyaki serta mayo Jepun dan ditabur dengan salad telur segar, rumpai laut kering dan kepingan bonito serta tujuh rempah terkenal Jepun.

Selain takoyaki, Gindaco juga menghidangkan yakisoba – mi soba Jepun yang digoreng dengan hirisan kubis, hirisan ayam, rumpai laut hijau kering dan kepingan bonito. Semua makanan Gindaco tidak mengandungi daging khinzir.

Kerjasama dengan Hotland Co. juga akan mendedahkah Loob Holding kepada amalan perniagaan global terbaik yang akan memudahkan kemajuan lanjut melalui peningkatan operasi asasnya.

Selain Malaysia, Loob Ventures mempunyai perancangan untuk mengembangkan jenama Gindaco di Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Klik DISINI untuk versi English

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Cawangan Pertama Gindaco di AEON Mall Shah Alam Saji Takoyaki

  1. Nampak sedap… tapi tak pandai mkn makanan jepun…

    1. Nganga mulut, then sumbat sahaja

  2. Boleh cuba. Selalu beli dekat pasar malam. 🙂

  3. sukaaaa sgt makan takoyaki. nnt gi shah alam boleh laa singgah aeon ni beli dua tiga ketoil hehe

  4. oh men! terliur pula. cepat la bukak kat aeon seremban 2

    1. Baik minta ia bukak dekat Aeon Rawang dulu he…23x

  5. macam best sangat la menu tu..ada masa mahu juga cuba nie…

Leave a Comment