Berjimat dengan Membeli Belah Secara Online di Getex.MY

Getex - Cashback Setiap Kali Membeli Belah Secara Online
Hari ini, Bro ingin kongsikan berita baik buat rakan-rakan yang suka membeli belah (shopping) secara Online.

Anda kini boleh berjimat dan mendapat potongan harga melalui program cashback yang ditawarkan di laman getex.my setiap kali anda berbelanja secara online.

Menarik bukan?

Tetapi, bagaimana nak dapatkan cashback (pulangan tunai) setiap kali membeli belah?

Getex - Cashback Setiap Kali Membeli Belah Secara Online
Di Getex terdapat lebih dari 70 online shop (yang biasa anda dengari) menawarkan program cashback sekiranya anda mendaftar dan membeli belah melalui getex.my.

Setiap online shop menawarkan jumlah cashback berbeza berdasarkan peratusan (%) dari jumlah pembelian anda.

Anda juga boleh membandingkan tawaran yang turut ditawarkan oleh online shop lain yang dipamerkan di Getex sekaligus memberi peluang untuk anda berjimat dan bijak berbelanja.

Getex Menawarkan Cashback Bagi Setiap Pembelian Secara Online

How to Get Cashback in three easy steps

Untuk pengetahuan anda, Getex merupakan portal online yang menawarkan pulangan balik (cashback) dalam bentuk wang ringgit hasil daripada pembelian anda di mana-mana online shop terpilih.

Terdapat pelbagai online shop yang menyertai program ini bersama getex. Diantaranya adalah Lazada, Zalora,Groupon, Agoda, airasiago,ensogo dan banyak lagi.

Kepada anda yang suka membeli belah secara online, Getex merupakan platform yang sesuai bagi anda untuk mendapat sedikit “faedah” dari setiap pembelian anda.

Faedah ini boleh mencecah sehingga 12% daripada hasil belian anda.

Selain dari mendapat pulangan sehingga 12%, terdapat juga kupon-kupon voucher code yang di tawarkan oleh getex .

Anda boleh menikmati harga diskaun daripada kupon tersebut dan juga menikmati pulangan balik mengikut peratusan yang telah ditetapkan bagi setiap online shop terpilih.

Bagaimana “Cashback” ini berfungsi?

Getex - Cashback Setiap Kali Membeli Belah Secara Online

Setiap kali anda membuat pembelian secara online melalui laman getex.my, anda akan menerima pulangan dalam bentuk % dari jumlah pembelian anda.

Kemudian ianya akan disimpan dalam akaun anda setiap kali anda membuat pembelian lagi dan lagi melalui akaun Getex anda.

Bila jumlah pulangan mencukupi, anda boleh mengeluarkannya untuk anda nikmati 🙂

Mudah bukan.

Anda hanya perlu berbelanja seperti biasa, cuma setiap pembelian yang anda lakukan, mesti melalui laman Getex. Jika tidak, anda tidak layak untuk menikmati sebarang pulangan (cashback) bagi setiap pembelian anda.

Rugi bukan… Erm…..!!

Membeli Belah Secara Online di Getex untuk tawaran Cashback

Setiap kali anda membuat pembelian, akan muncul pop-up form seperti dalam gambar diatas.

Jangan lupa memasukkan detail setiap pembelian anda sebagai langkah keselamatan sekiranya ada pembelian anda gagal direkod secara automatik.

Yup, ianya penting…!!!

Jangan disebabkan kecuaian anda, anda terlepas untuk menikmati pulangan yang anda layak nikmati.

Apa anda tunggu, jom daftar sekarang di getex.my untuk mula menikmati sebarang pulangan (cashback) dari setiap pembelian anda lakukan secara online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,586,944 total views, 1,892 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

2 responses to “Berjimat dengan Membeli Belah Secara Online di Getex.MY”

  1. Fieza Sani says:

    Dah try..terbaikkk..

  2. akubiomed says:

    Tawaran cashback yang ditawarkan oleh Getex sukar untuk ditolak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge