You are here
Home > Travel Blog > Melancong ke Singapura Dengan Pakej Percutian Jimat Saya Serendah RM135

17,691,819 total views, 5,545 views today

Melancong ke Singapura Dengan Pakej Percutian Jimat Saya Serendah RM135

Percutian Jimat Saya di Singapura
Teringin melancong di Singapura pada harga jimat buat seisi keluarga dalam tempoh masa sehari?

Anda kini boleh menyertai pakej perlancongan ke Singapura dari Percutian Jimat Saya serendah RM135 seorang.

Serendah RM135? Biar Betulllllllll…….!!!

Yup betul, tetapi ianya tidak disertakan dengan tiket untuk memasuki Universal Studios Singapore (USS).

Trip Sehari ke Singapura Percutian Jimat Saya

Perjalanan kami bermula seawal pukul 11 malam, dimana kami dikehendaki berkumpul di lokasi yang ditetapkan di KL Sentral.

Ada taklimat ringkas (+sesi bergambar) oleh pihak penganjur sebelum bas bertolak menuju ke destinasi – Singapura. Setiap penumbang dibekalkan dengan makanan ringan beserta air minuman.

Sepanjang bas bergerak, seelok-eloknya anda tidur kerana pada keesokan harinya, seharian anda akan habiskan masa berjalan mengelilingi Singapura.

Bro akui, memang memenatkan dengan aturcara yang disediakan oleh pihak penganjur.

Perjalanan diteruskan hingga ke R&R Gelang Patah, dimana anda akan diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk mandi, solat dan sarapan sebelum melalui immigresen untuk masuk ke Singapura.

Tempat mandi disini agak terhad, maka pepandai anda bahagikan masa untuk mandi, dan guna masa mandi sebaik mungkin dan perlu ingat, orang lain pun nak mandi sama.

Sarapan juga turut disediakan oleh pihak penganjur yakni nasi lemak (tidak termasuk air).

Sebelum bertolak menuju ke Singapura, pihak penganjur akan memberi peringatan tentang perkara yang tidak boleh dilakukan sewaktu berada di Singapura.

Paling penting, beliau memberi peringatan supaya kita tidak membawa masuk “benda” yang tidak sepatutnya dibawa ke sana.

Supaya ianya tidak menyusahkan pihak penganjur dan juga menyenangkan urusan rakan-rakan lain yang turut sama dalam trip ini.

Antara lokasi yang akan anda lawati :-

Merlion Park, Singapore

Merlion Park, a landmark of Singapore, is a major tourist attraction at One Fullerton, Singapore

Merlion Park, merupakan mercu tanda bagi Singapura, ianya merupakan lokasi tarikan utama pelancong yang terletak di One Fullerton, Singapore, berdekatan dengan Central Business District (CBD).

“Merlion” merupakan gabungan daripada Mermaid dan Lion . Digelar “Mama Merlion” yang mana rupakan terdiri dari separuh ikan dan singa.

Percutian Jimat Saya - Singapura

Merlion Park, Singapore

Percutian Jimat Saya - Singapura

Merlion Park, Singapore

Lokasi pilihan pelancong untuk bergambar sebagai bukti mereka sudah tiba di Singapura. Terutama gambar aksi air pancut ke dalam mulut (macam gambar di atas).

Kiranya, tiada gambar di sini, kiranya macam kurang lengkap / sah pelancongan anda di Singapura. Yang pasti, memang ramai pelancong berada di sini.

Jangan sampai anda kehilangan dari group anda, risau orang lain dah naik bas anda pulak gagal dikesan. Tak pasal-pasal melewatkan masa berharga orang lain untuk diluangkan di Singapura.

Garden by the bay, Singapore

Garden by the bay, Singapore

Gardens by the Bay adalah sebuah taman alam semula jadi yang merangkumi kawasan seluas 101 hektar (250 ekar) diatastanah tebus guna di pusat Singapura, bersebelahan dengan Marina Reservoir.

Taman ini terdiri daripada tiga taman-taman tepi laut:

  • Bay South Garden
  • Bay East Garden
  • Bay Central Garden

Garden by the bay, Singapore

Bugis Street, Singapore

Bugis Street, Singapore

Jika anda ingin mencari cenderamata sebagai kenang-kenangan ataupun memenuhi permintaan orang yang kirim pakai air liur. Bugis Street merupakan tempat untuk anda membelinya.

Sekiranya anda ingin berbelanja di sini, kalau boleh jangan bandingkan harga di sini dengan harga di Malaysia. Tetapi di sini agak murah dan berpelbagaian berbanding lokasi lain di Singapura.

Di sini, anda juga boleh dapatkan minyak wargi berjenama pada harga yang murah, lokasi kedainya di tingkat 2.

Bro tak pergi, sebab xminat nak shopping he…23x

Malay Heritage Centre – Istana Kampong Gelam

Malay Heritage Centre - Istana Kampong Gelam

Lokasi tumpuan pelancong yang ingin melihat sejarah dan tinggalan kebudayaan Melayu yang pernah wujud di Singapura.

Bangunan ini sebelum ini merupakan Istana Kampong Glam sebelum dibaik pulih pada tahun 2004 dan dijadikan muzium / pusat kebudayaan Melayu.

Restoran Singapore Zam Zam

Restoran Singapore Zam Zam<
Baru separuh hari berjalan di Singapura, dah terasa kelaparan + kekurangan tenaga.

Berdekatan dengan Kampong Gelam terdapat beberapa lokasi yang menyajikan hidangan yang halal untuk santapan anda sekiranya datang ke sini.

Pilihan Bro adalah Restoran Singapore Zam Zam.

Restoran Singapore Zam Zam<

Restoran Singapore Zam Zam<
Apa yang menarik di sini adalah semestinya Murtabak mereka dan juga nasi beriyani.

2 hidangan sahaja kami order untuk dikongsikan 3 orang. Portionnya agak banyak juga untuk kami bertiga habiskan.

Nampak tak perbandingan murtabak mereka dengan garfu yang Bro pegang. Murtabak yang kami ambil dalam harga 9 SGD.

Dan harganya termasuk air adalah RM21/seorang (waktu ini rate 1 SGD = 3 MYR)

Air Katira Restoran Singapore Zam Zam

Air Katira menjadi pilihan Bro, dan ianya adalah terhad. Siapa cepat, dia yang dapat. Harganya dalam SGD 2.

Rasanya macam air sirap bandung, tapi ianya bukan sirap bandung.

Street Art @ Haji Lane

Street Art Haji Lane Singapore

Jika ikutkan, Kami perlu menaiki teksi di sekitar sini untuk menjimatkan kos jika ingin pergi ke Pulau Sentosa.

Sambil menunggu teksi, kami meluangkan masa menghayati hasil karya seni jalanan yang terdapat di sini.

Kebanyakan pelancong yang datang ke sini, memang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama karya seni jalanan yang terdapat disepanjang Haji Lane.

Street Art @ Haji Lane, Singapore

Selain itu, terdapat juga butik dan cafe bertemakan timur tengah.

Universal Studios Singapore (USS)

Percutian Jimat Saya di Singapura

Ianya terletak dalam kawasan Resorts World Sentosa di Sentosa Island, Singapore.

Malangnya pakej yang Bro ambil tidak termasuk tiket masuk ke Universal Studios Singapore (USS). So sekadar ambil gambar diluar sebagai tanda kenang-kenangan.

Kata percutian jimat.

Jom layan video sepanjang Bro menyertai perlancongan ini.

Anda boleh hubungi pihak “Percutian Jimat Saya” sekiranya ingin mendapatan pakej berserta dengan tiket masuk ke Universal Studios Singapore (USS).

Terima kasih Percutian Jimat Saya kerana sudi menawarkan pakej serendah RM135 untuk Bro luangkan masa di Singapura dalam masa sehari.

Berminat?

Anda boleh roger mereka di fb.com/percutianjimatsaya atau whatsapp ke +6010 983 4622

Tip Online Percuma Di Singapore

Percutian Jimat Saya - Singapura

Rasanya, anda tidak pelru buat roaming atau beli kad sim sewaktu menyertai trip ini. Walaupun anda rasa macam terputus dengan dunia luar (susah kan nak hidup tanpa internet).

Sewaktu berada di Sentosa Island, disana anda mempunyai banyak masa sehinggakan anda sendiri tak larat nak berjalan.

So, anda lepak dekat Starbucks sambil menikmati FREE WiFi pada kelajuan yang tidak akan mengecewakan anda.

Just pastikan bateri handphone anda banyak dan bawa extra power bank he…23x Selamat bercuti 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Melancong ke Singapura Dengan Pakej Percutian Jimat Saya Serendah RM135

  1. Boleh tahan murah jugak. Tapi lemah nya sehari je. Mesti penat tu kena ikut atur cara penganjur semua. Ehehee.. Btw, thanks bro share kan benda ni. Ada rezeki nanti pika boleh pergi…

Leave a Reply

Top