17,144,974 total views, 363 views today

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380
Masih tercari-cari keyboard yang sesuai untuk digunakan pada setiap peranti anda?

Jika sebelum ini, Bro pernah memperkenalkan Logitech – Bluetooth Multi-Device Keyboard K480. Kali ini, Bro akan memperkenalkan pula Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380.

Ia boleh digunakan pada peranti yang menggunakan sistem operasi Window, Mac OS, Chrome OS™ tidak lupa juga iOS dan Android™.

Ianya juga mempunyai sokongan untuk Apple TV generasi ke-2 dan ke-3.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

Dikuasakan dengan 2 biji bateri bersaiz AAA dengan jangka hayat selama 24 bulan

Biar betul…!!!

Tapi itu adalah kenyataan yang dinyatakan sendiri oleh pihak Logitech sewaktu mereka melancarkan model ini.

Ianya juga dihubungkan dengan peranti melalui sambungan Bluetooth.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380 boleh dihubungkan dengan 3 peranti dalam satu masa melalui sambungan Bluetooth.

Hanya perlu set sambungan bagi setiap peranti.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

Kemudian hanya tekan butang berwarna biru 1, 2 atau 3 (rujuk gambar diatas) untuk menukar peranti yang ingin anda gunakan bersama keyboard K380 ini.

Jika ada sebarang masalah atau kerumitan, anda boleh rujuk di www.logitech.com/support/K380.

Menurut laman sesawang Logitech Malaysia, harga pasaran bagi Logitech Multi-Device Bluetooth Keyboard K380 adalah RM149.

Bagimanapun menurut Soya Cincau, ianya boleh didapati pada harga RM129.

Hadir dengan 2 jenis warna – biru & hitam.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

Direka dalam bentuk yang ringan, kecik dan mudah dibawa ke mana-mana dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan ruang.

Info lanjut mengenai Logitech Multi-Device Bluetooth Keyboard K380, anda boleh layari http://www.logitech.com/en-my/product/multi-device-keyboard-k380

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K380

  1. android pun boleh masuk..cun ni..

  2. Lagi menarik ni. hari ahard baru beli keywoard wireless brand ni gak mau nak beratus2x gak beli. Janji berbaloi. sekali pakaj dengan MOuse.

Leave a Comment