March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger – Part 46 : Sumber Inspirasi Menulis Blog

Projek Travel 2nd Anniversary Party
Boleh tak, anda kongsikan siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda untuk menulis blog?

Sempena Luahan Hati Seorang Blogger – Part 46, Bro akan berkongsikan tentang beberapa blogger yang menjadi sumber inspirasi untuk Bro menulis blog.

Kalau ikutkan, sejak Bro menulis blog sekitar tahun 2006 hingga sekarang,

Ada beberapa blogger yang Bro berkenan dengan gaya penulisan mereka sehingga menjadi sumber inspirasi untuk Bro menulis dan terus berblog.

Malangnya, kebanyakan daripada mereka tidak lagi berblog,

Ada yang berhenti dek tuntutan kerja yang memaksa mereka mengurangkan aktiviti atau berhenti terus. Ada juga yang fokus pada kerjaya baru – berlakon, berkarya (kebanyakan orang seni).

Ada juga yang telah pergi menghadapNya (Al-Fatihah).

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab

Bagaimanapun, tetap ada blogger lain yang turut menjadi sumber inspirasi Bro untuk menulis blog, walaupun mereka baru setahun jagung dalam dunia blogging.

Walaupun ramai yang menganggap Bro nie blogger otai, (walaupun Bro xde rasa macam tue)

Sekurang-kurangnya, Bro cuba pelajari sesuatu yang baru dan memperbaiki skill yang ada dari mereka ini. Kadangkala skill yang kita sedia ada, makin ketinggalan zaman he…23x

Yup, Bro serius nie. Bukan tipu.

Walaupun, Bro berjinak-jinak dengan wordpress sejak tahun 2007 walaupun pernah dikataan pakar SEO. Tapi hingga kini, apa ilmu yang Bro ada macam terlalu kurang dan besar jurangnya dengan mereka yang lebih pakar pada masa kini.

Oleh itu, tak salah rasanya jika bro mempelajari dari orang-orang baru.

So kali ini Bro ingin kongsikan beberapa blogger yang mungkin anda boleh jadikan sumber inspirasi untuk menulis blog yang berkualiti.

1- Hasrul Hassan

Parody Blogger Hasrul Hassan

Bagi blogger yang menggunakan platform blogspot, pasti ramai yang mengenal jejaka yang bijak menjana pendapatan melalui blog.

Seorang househusband sepenuh masa dan merupakan kaki pancing.

Apa yang menarik tentang blog beliau?

Beliau dapat memastikan trafik yang datang ke blog beliau adalah genuine, yakni datang melalui enjin carian (search engine) seperti Google etc.

Walaupun ketika itu, beliau sudah beberapa hari tidak mengemaskinikan blog. Atau berada di luar liputan internet untuk meluangkan masa memancing bersama keluarga.

Syaitan / Jin apa yang beliau gunakan?

Semuanya disebabkan oleh ilmu permainan keyword dan SEO yang terdapat pada penulisan dan blog beliau. Tetapi bukan itu sahaja.

Artikle yang beliau tulis berfakta, lengkap, ringkas dan mudah difahami.

Mungkin ini berkat pengalaman beliau berkerja sebagai penyelidik di salah satu insitusi pengajian tinggi di sebelah utara pada satu ketika dulu.

Maka tidak mustahil sekiranya ada pihak dari luar sana yang menjadikan artikle dalam blog beliau sebagai sumber rujukan untuk thesis / penyelidikan pendidikan mereka.

Blog : Hasrul Hassan.

2- Mohd Zarin

Kumpulan Menang - Mohd Zarin Mr Jocko Bro Framestone

Walaupun tak sampai setahun mengenali beliau, Bro jatuh hati dengan blog beliau walaupun dia bukannya blogger awek.

Blog beliau simple, kemas dengan menarik dengan susunan ayat dan juga gambar yang mampu menceriakan mata yang membaca blog beliau.

Walaupun blog beliau jarang di kemaskini, itu bukan alasan untuk tidak mengemaskini sekali sekala.

Bro faham, orang yang sibuk seperti beliau, masa agak terhad. Tetapi Bro nampak komitment beliau sewaktu menulis blog.

Kebanyakan cerita yang dikongsikan beliau merupakan cerita yang fresh dalam hidup beliau.

Jarang nampak beliau tangguhkan sesuatu yang dia ingin tulis. Kalau orang lain (contoh terdekat macam Bro), pasti tertangguh berhari-hari, mahupun berbulan-bulan. Akhirnya, tak juga ditulis dalam blog he…23x.

Blog : Mohd Zarin

3 – Khir Khalid

Blogger Khir Khalid

Bro kenali beliau secara tidak sengaja sewaktu terbaca artikle mengenai isu sesama kawasan kejiranan Bro. Rupanya, kami duduk setaman walaupun tak pernah berjumpa di taman ini.

Cuba bayangkan,

Kalau beliau tidak pernah menulis tentang perkara ini. Mungkin hingga kini, Bro sendiri pun tak tahu kami tinggal berdekatan.

Bro suka penulisan blog beliau yang berfakta dan lengkap dengan huraian yang panjang lebar. Rupanya, beliau sebenarnya merupakan penceramah bebas dan juga penulis buku.

Bukan sebarangan orang rupanya.

Kini, beliau telah banyak menulis mengenai hartanah di blog beliau. Adakah beliau ingin menjadi pakar hartanah seperti sesetengah blogger yang telah menempah nama dalam dunia hartanah?

Blog : Khir Khalid.

4 – Namee Roslan

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan

Antara blogger yang Bro Admire sangat walaupun sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak dan mempunyai perniagaan sendiri. Sedikit pun tidak mengurangkan kualiti penulisan beliau di blog.

Jika anda dapati,

Blog beliau penuh dengan artikle yang ada kaitan dengan beliau, sambil diselitkan dengan iklan dan advertorial.

Tetapi iklan / advertorial yang beliau tulis agak santai dan selesa untuk dibaca. Tak mustahil, beliau menjadi idola gadis-gadis di luar sana menjadikan gaya hidup beliau yang dikongsikan di blog sebagai inspirasi mereka.

Paling menarik, Bro dan beliau pernah dilantik menjadi duta produk minumanan.

Blog : Namee Roslan.

5 – Tian Chad

Blogger Tian Chad

Beliau antara blogger Cina yang terawal Bro kenali, dan pernah berkerjasama menjayakan kempen Maxis pada tahun 2011.

Yang menarik tentang blog beliau adalah mengenai penulisan, penyusunan kandungan dan gambar/video yang juga tidak kurang hebatnya.

Sentuhan beliau pada gambar / video juga tidak mengecewakan.

Boleh dikatakan banyak pihak sudi berkerjasama dengan beliau dan suka dengan perkhidmatan yang beliau tawarkan di blog.

Blog : Tian Chad.

Bicara Bro : Ok, ini senarai 5 blogger yang bro jadikan sumber inspirasi untuk menulis. Bagaimana pula dengan anda?

Adakah Bro juga menjadi sumber inspirasi anda untuk menulis blog?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 46 : Sumber Inspirasi Menulis Blog

    1. Gua xde pe2 yang hebat pun, terasa jauh ketinggalan di belakang beb.

      Lagi-lagi jika dibandingkan dengan hang. Hang sekarang dah tak menulis, tetapi berkata-kata depan kamera he…23x Kalau ikutkan, hang la orang terawal yang memperkenalkan Bro dengan artis dan menulis tentang dunia hiburan.

  1. Namee tu aku ingatkan name lelaki..sekali baca blog dia..terus aku rasa nak baca lagi dan lagi…seronok baca kisah dia ngan encik suami dia..ahaha..yang paling penting dia awek..bukan bro..wakakkakaa

  2. Terima kasih atas artikel ni … gua tak sangka rupanya lu lagi ensem bila pakai topi .. dah buat perbandingan baru gua sedar ..

    Jocko tu senyum buat aku geram nak cubit pipi dia .. nak cubit pipi Namee .. tak boleh, bini orang .. hahaha

    1. Gua nampak hensem, sebab gua edit siap2 gambar gua sebelum gua bandingakn dengan mu

      Eh, apa kata mu cubit pipi Mohd Zarin… dia pun comel jugak…. (gay sungguh mu nie)

  3. kenal dua daripada lima yang disenaraikan, saudara HH dan KK.
    mereka berdua memang saya kagumi dari segi teknik penulisan
    lelain tu belum pernah mengenali

  4. Terima kasih atas penghargaan bro. Sesuatu yg amat berharga buat gua dari seorang blogger yg mmg tak asing dalam dunia blog ni. Apatah lagi bersama-sama mereka yg mmg hebat dlm arena blog ni. Thanks again… semoga bro terus sukses… aamiin.. :) :)

  5. Gua suda follow ini blog manyak lama – cer tengok ada tak dalam list yang follow Shukri Mohd Nor tuh. He he he … eh tarak nampak adsense sini. Innity dan yang lain2 jer. Tak suka adsense ker guanner?

    1. Domain blog ini kena suspend dengan Adsense… Dulu masyuk gila dengan Adsense…

      Alasan dorang, sebab click ratio terlalu tinggi. Then tak boleh nak buat pemohonan semula. So pasang pada blog2 yang lain.

  6. Sally..? hmmm…Sally sendiri belum ada jawapan…mgkn inspirasi lebih kepada diri sendiri…sebab kalau nak kategorikan mgkn Sally akan suka ikut niche…hihihi…eh, amenda sally merepek ni..? macam tak paham soalan pulak ttbe -_-

Leave a Reply to Yana Yani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *