“A Kid from The Big Apple” Perkenal Malaysia di Mata Dunia

A Kid from The Big Apple
Filem “A Kid from The Big Apple” tidak kurang hebatnya, bila mengondol 4 anugerah pada 7th Macau International Movie Festival yang berlangsung baru-baru ini.

Filem ini 100% menjalani pengambaran di Malaysia bakal ditayangkan pada 10 Mac ini di Malaysia dan juga Singapura.

Filem ini merupakan terbitan Three Production, dimana ia menampilkan beberapa pelakon Malaysia yang digandingkan bersama pelakon popular dari Hong Kong.

Antara anugerah yang mereka menangi sewaktu 7th Macau International Movie Festival:-

  • Best Writing,
  • Best Actor,
  • Best Supporting Actor,
  • Best Newcomers

Ia juga mendapat penghargaan yang tinggi bila dapat menewaskan pesaing yang hebat seperti Ip Man 3 dan To The Fore yang turut bertanding.

Sinopsis Filem A Kid from The Big Apple

A Kid from The Big Apple
Filem ini mengisahkan tentang Sarah, seorang gadis berusia 12 tahun yang dilahirkan dan dibesarkan di New York City.

Ibu beliau terpaksa berpindah ke China untuk beberapa bulan atas urusan kerja, maka ibunya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa meminta bapanya di Malaysia untuk menjaga cucunya.

Untuk seorang anak muda kontemporari seperti Sarah, yang membesar dalam “Big Apple” sejak lahir,

Bagi beliau, Malaysia bagaikan mimpi ngeri paling teruk yang kini menjadi kenyataan. Terutamanya, terpaksa tinggal di salah satu pangsapuri bersama dengan datuknya.

Pada mulanya, Sarah menyembunyikan rasa tidak yakin beliau dengan perwatakan sombong dan melayan jiran barunya seolah-olah mereka tidak sama taraf dengan beliau.

A Kid from The Big Apple

Akibat pengaruh dari jiran yang sebaya dan tempoh beliau tinggal sebumbung dengan datuknya, perlahan-lahan membuka pintu hati beliau untuk rapat dengan “orang yang tidak dikenali” di sekelilingnya.

Secara tidak langsung, Sarah mula belajar dan memahami kenapa ibu dan datuknya amat menitik beratkan tentang tradisi budaya mereka.

Trailer Filem A Kid from The Big Apple

Review Filem A Kid from The Big Apple dari Bro Framestone

Filem yang menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga, walaupun ianya bukan filem berbahasa melayu, tetapi ianya mudah difahami dan dihadam.

A Kid from The Big AppleIni kerana, beberapa perkara yang diketengahkan wujud disekeliling kita dan disampaikan dalam bentuk jalan pencerita yang menarik.

Yang pasti, ianya mampu buat anda ketawa sampai menangis.

Begitu juga dengan bahagian yang mampu buat anda terdiam, sambil menangis.

Terasa sebak, tetapi itu motif sebenar yang ingin ditonjolkan dalam filem ini.

Filem berdurasi 121 minit ini juga mampu membuat anda mengimbau kenangan sewaktu dizaman kanak-kanak anda.

Tak percaya?

Anda boleh tonton filem A Kid from The Big Apple bermula pada 10 Mac 2016 dipawagam berhampiran anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,597,123 total views, 1,152 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

16 responses to ““A Kid from The Big Apple” Perkenal Malaysia di Mata Dunia”

  1. Jane says:

    Movie nampak sedap ceritanya. Sure anak-anak I suka tengok.

  2. ak harap filem2 sentuhan dari chinese tersenarai gak dalam anugerah2 kat malaysia ni….diaorang nya filem ada special tersendiri…contoh ola bola dgn the journey

    • Kebanyakan anugerah yang ada macam syok sendiri. Yang terbaik buat masa sekarang adalah Anugerah Skrin.
      Bagi Festival Filem Malaysia pula….
      ….
      ..
      .
      Kateria pemilihan perlu penambah baikan dan tidak sepatutnya melibatkan politik he…23x

  3. Terasa sedih, gembira dan amat sangat setuju semua orang harus mononton filem ini..

  4. menarik sinopsis cite dia.. cite2 mcm ni la mmg zaza suka tgk..comel budak tu..

  5. menarik citer ni..dari penceritaan dekat atas ni, macam dah boleh nampak jalan cerita dia. lagi pulak jalan cerita dia banyak dipengaruhi dengan kehidupan di malaysia. So! jom kita menonton di wayang berdekatan! Hehehe.

  6. Ani Haryani says:

    Bagus ni tengok dengan anak-anak kecik. Pasti banyak nilai yang boleh diteladani 🙂

  7. musadun says:

    pelakon sebagai mak budak tu, kenal tapi tak tahu nama. dulu selalu tengok berlakon dalam drama-drama china tv2. Boleh kira legend tu.heheh

  8. Kakmahh says:

    Nak ajak abe mat lah dating dlm pawagam

  9. titan says:

    tengok video trailer pun dah cukup best.

    memang pandai sape buat cite nih.

  10. iena eliena says:

    ceri ta ni best gile
    iena dah tengok smlm yeay
    menangis tengok hahahahah sedey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge