Uncle Zuan Menang iPod Shuffle
Ramai yang bertanya, kenapa Uncle Zuan boleh dapat iPod Shuffle dari Bro sewaktu menghadiri Projek Travel 2nd Anniversary Party yang berlangsung di Restoran D’Saji KL Titiwangsa.

Ini bukan rasuah mahupun derma.

Beliau baru-baru ini telah dinorbatkan sebagai pengomen terbanyak blog Bro Framestone bagi Tahun 2015.

Anda boleh baca artikle Uncle Zuan – Pengomen Blog Terbanyak Bagi Tahun 2015.

Alhamdulillah Bro berkesempatan untuk menemui beliau setelah beberapa bulan tidak dapat berjumpa.

Tak kan nak simpan lelama hadiah nie kan. Nanti outdated pula.

Alang-alang dah jumpa dan hadiah iPod Shuffle bertukar tangan, Bro meminta beliau untuk beri ucapan untuk dimasukan kedalam youtube / blog.

Bicara Bro : Awat muka Uncle Zuan nampak macam Azlan & Typewiter?