March 29, 2024

Selamat Ulang Tahun Ke-2 Buat Projek Travel

Projek Travel 2nd Anniversary Party
Selamat ulang tahun yang ke-2 buat Projek Travel.

Baru-baru ini, Bro dijemput menghadiri Projek Travel 2nd Anniversary Party yang berlangsung di Restoran D’Saji KL Titiwangsa.

Pada majlis ini, tetamu yang hadir terdiri dari rakan blogger, media, selebriti, penaja dan Sahabat PT yang selama ini banyak membantu Projek Travel secara langsung mahupun tidak langsung.

Apa yang Bro nampak di sini,

Majlis ini meriah dalam masa yang sama membolehkan tetamu yang hadir bergaul sesama sendiri. Ramai juga yang pertama kali bertemu walaupun dah lama berkenalan dalam dunia sosial.

Projek Travel 2nd Anniversary Party
Pendaftaran bermula seawal pukul 7.00 malam.

Smart ke kaunter pendataran Projek Travel. Malangnya, mereka letak brader-brader Sado jadi tukang jaga.

Adeh….!!!

Jangan kecewa sangat. Team Projek Travel ada 2 bunga yang berseri dalam barisan adminnya.

Ada berani?

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Terima kasih diucapkan kepada pihak Restoran D’Saji KL Titiwangsa kerana sudi menaja lokasi dan hidangan yang menyelerakan buat kami semua.

Terima kasih kak Nina Mirza, sebab sudi jadi model he….23x

Antara hidangan yang disajikan :-

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Enaknya mereka makan, katanya starter……

Mereka antara blogger yang hadir yang selama ini banyak menyokong perjalanan Projek Travel.

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Seri memotong kek sebagai acara simbolik kepada majlis ulang tahun ke-2 Projek Travel. Cantik keknya, rasa sayang pulak nak potong.

Kek ini ditaja oleh Niza Danudin.

Theseplay Projek Travel 2nd Anniversary Party

Majlis ini, tidak akan ceria jika tiada photobooth.

Terima kasih buat Theseplay kerana menyediakan photobooth yang awesome dan menceriakan wajah-wajah blogger / tetamu yang hadir. Memasing nampak macam tak pernah jumpa kamera he…23x Selalu selfie je kan.

Projek Travel 2nd Anniversary Party

Ok, ini pula gambar Bro sekeluarga.

Terima kasih Theseplay untuk gambar keluarga kami yang awesome ini. Kami amat hargai sesangat.

Sekiranya anda ingin miliki photobooth untuk majlis yang anda ingin andakan, anda boleh hubungi mereka :-

Theseplay Photo Booth
Email : theseplay@gmail.com
Whatsapp : +60122236542 & Laman Web : www.theseplay.com

Barisan Admin Projek Travel

Barisan Admin Projek Travel

Mungkin selama ini, anda tertanya-tanya siapa admin / orang kuat disebalik tabir Projek Travel?

Mereka terdiri dari 8 blogger mewakili 1 blog.

Menurut mereka, agak sukar untuk mengumpulkan kesemua admin pada satu-satu masa. Sepanjang Projek Travel ditubuhkan, hanya sekali sahaja mereka semua dapat berkumpul sama.

So kesimpulannya,

Event kali ini, macam terkurang sorang he….23x

Jejaka Projek Travel

Kebanyakan mereka masih muda remaja. Walaupun ada yang dah berumur 3 series, muka tetap nampak muda. Apa rahsianya.

Bila Bro bergambar dengan mereka, makin terserlah kemudaan Bro he…23x (Jangan kecam saya…!!)

Apa yang Bro nampak mereka ada kesungguhan dan sentiasa positif terhadap Projek Travel.

Jika anda punyai kelapangan, jemput baca artikle menarik dari mereka di www.projektravel.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Selamat Ulang Tahun Ke-2 Buat Projek Travel

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *