March 29, 2024

Trendi Travel Beri Kepuasan Kepada Pelancong di Malaysia

Teknologi Trendi Travel kini di Dorsett Kuala Lumpur
Syarikat Startup, Trendi telah berkolaborasi dengan Dorsett Kuala Lumpur selaku rakan hotel rasmi dalam memberi keunikan ekosistem dalam dunia pelancongan di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.

Trendi Travel merupakan teknologi travel elektronik bersepadu terkini yang diterapkan dalam dunia pelacongan dan hospitaliti, dibangunkan di malaysia untuk pasaran dunia.

Ia merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan Asia Pasifik.

Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia dapat berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.

Teknologi IPPBX menjadikan Trendi Travel sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan penggunaan telefon pintar secara percuma.

Teknologi Trendi Travel kini di Dorsett Kuala Lumpur

Menurut Mr. ALvin Koh selaku Group CEO Trendi Travel, Zugar International,

Beliau yakin bahawa Trendi mampu memberikan pengalaman terbaik buat pelancong sewaktu melancong ke negara baru yakni yang belum pernah mereka kunjungi.

Secara tidak langsung ianya menjadi penanda aras yang mampu memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelancong, pihak hotel dan peruncit di Malaysia mahupun di negara-negara jiran.

Trendi Travel Mate

Teknologi Trendi Travel kini di Dorsett Kuala Lumpur

Trendi Travel Mate merupakan perkhidmatan telefon bimbit yang disediakan di hotel terpilih yang menawarkan penggunaan kepada pengguna secara percuma.

Ianya ditawarkan bersama sambungan internet 3G tanpa had, dalam masa yang sama membolehkan pengguna membuat panggilan tempatan mahupun menghantar SMS.

Tujuan utama Trendi adalah menjadi penyelesaian bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelancong dimana telefon pintar mahupun tablet menjadi gadget penting bagi pelancong untuk mencari keperbagaian maklumat.

Ianya mampu memberi penyelesaian mudah dan senang tanpa perlu risau kepada kos penggunaan data roaming yang membebankan sehingga mampu menghilangan keseronokan kepada si pelancong tadi.

Dorsett Kuala Lumpur

Teknologi Trendi Travel kini di Dorsett Kuala Lumpur

Sebagai hotel peneraju teknologi hospitaliti, Dorsett Kuala Lumpur berminat menjadi rakan kongsi bersama Trendi dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu mereka dari luar negara.

Ianya merupakan perkongsian revolusi strategik yang ditubuhkan untuk memberi impak kepada industri hospitaliti.

Menurut Christina Toh, Area General Manager di Dorsett Kuala Lumpur,

Kolaborasi bersama Trendi ini mempu memberikan sambungan dan capaian internet kepada tetamu sepanjang penginapan mereka, secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pihak hotel.

Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan jenama hotelnya di Asia dengan menjadikan Dorsett Kuala Lumpur sebagai “Hotel Telefon Pintar Pertama di Malaysia” dan hotel pertama di Malaysia yang melaksanakan teknologi ini.

Teknologi Trendi Travel kini di Dorsett Kuala Lumpur

Trendi ingin mengembangkan perkhidmatannya di lebih 44 buah negara seluruh dunia merangkumi 66 juta ahli Trendi.

Bagi tahun 2016 ini, mereka menetapkan matlamat untuk mempunyai 18,000 telefon pintar digunakan di Asia Pasifik terutamanya di Filipina, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Trendi Travel Beri Kepuasan Kepada Pelancong di Malaysia

Leave a Reply to Sobri Mansor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *