Takut Nak Jumpa Doktor Gigi
Kalau ikutkan, sebenarnya Bro ada temujanji dengan doktor gigi pada minggu ini. Malangnya, Bro masih belum berkesemapatan untuk berjumpa dengan beliau.

Semuanya gara-gara, gigi paling bongsu nak tumbuh.

Malangnya, lokasi ia tumbuh bukan ditempat yang sepatutnya. Tak pasal-pasal bengkak gusi dibahagian belakang sekali.

Peritnya, sampai susah nak buka mulut.

Kalau ikutkan, Bro tak minat nak pergi jumpa doktoe gigi. Tapi dipaksa oleh puan isteri, maka Bro akur dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan.

Bro kuatkan hati untuk pergi ke klinik gigi berdekatan dengan rumah.

Terkejut puan isteri bila dapati Bro cepat je balik ke kereta. Dia cakap Bro mengelat, tak nak jumpa doktor gigi.

Sedangkan waktu itu, Bro ambil no giliran then tengok macam ramai je pesakit. Maka Bro cadang nak berjalan ke mana-mana dulu sebelum no bro dipanggil.

He…23x Bijak.. bijak…

Bro sempat pergi shopping di AEON Jusco Rawang then kembali semula ke klinik. Tak sampai 5 minit, no Bro dipanggil. He..23x

Malangnya doktor hanya bagi ubat dulu bagi bengkak surut, then baru boleh cabut gigi yang tidak berkenaan.

Cabut gigi? ok fine… Bye doktor he..23x

Pengalaman Bersama Doktor Gigi

Bro tak tahu apa salah Doktor Gigi pada Bro, sampai Bro takut nak jumpa dorang.

Kali terakhir Bro jumpa Doktor Gigi sewaktu beliau datang beraya di rumah Bro beberapa tahun lepas. Itupun sebab Doktor Gigi itu merupakan rakan sewaktu bersekolah dulu.

He….23x

Kali kedua akhir, sewaktu masih bersekolah. Itupun sebab ada pemeriksaan gigi dan wajib buat. Kalau idak…….

Kali ketiga akhir, sewaktu sekolah rendah. Itupun sebab kena cabut gigi susu yang rosak teruk.

Nora Danish selfie sebelum periksa gigiBaru-baru ini, puan isteri tanya bila nak cabut gigi.

Bro cakap la, xde duit (lagipun tempoh hari agak terkejut juga tengok harganya). Bila melibatkan pakar, harga agak…

Tak percaya boleh baca artikle oleh Hafiz Rahim ini.

Then Bro kena perli dengan puan isteri, “Cakap je la, awak takut kena cabut gigi”. Ok fine he…23x

Kenapa Nora Danish pergi jumpa doktor gigi tak ajak Bro.

Kalau tidak, pasti ada kekuatan dalam diri Bro untuk berjumpa doktor gigi. Kalau Nora Danish teman, mahu relakan je doktor cabut gigi ini.