April 25, 2024

Ulang Tahun ke-4 Pertama Kali Berjumpa Blogger Deq Noor

Blogger Deq Noor Majalah Libur
Tarikh keramat, 1 Feb 2012 merupakan kali pertama Bro berjumpa dengan blogger Deq Noor dan sejak itu kami menjadi kawan rapat (rapat ke?).

Tapi tarikh sebenar kami berkenalan (di blog or laman social) tidak dapat dikenal pasti.

Sebenarnya Bro dengan Deq Noor dah lama berkenalan. Tidak dapat dipastikan bila, cuma selalu berbual di laman facebook (rasanya waktu itu dia xpakai profil picture sebenar) dan Bro ketika itu terlalu retis sangat, so main layan je “peminat” yang menegur.

He…23x

Sebenarnya, ada cerita disebalik perkenalan kami.

Pada 1 Februari 2012, Bro tengah hadiri satu event di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas jemputan salah seorang rakan blogger.

Disebabkan Bro terlalu retis sangat, Bro duduk di tempat ala-ala VIP jauh dari kenalan blogger + media lain (macam pelik je kan).

Dan ketika itu, ada seorang awek macam tercari-cari tempat duduk. Then dia terpandang Bro, lalu mengangkat tangan. Bro yang bajet retis angkat tangan balik ingatkan dia nie kenalan bro or orang yang kenal Bro.

Yup, memang dia kenal Bro.

Dan Bro…. tak kenal siapa dia. Dalam kepala otak, ingatkan dia nie kenalan sewaktu Bro sertai kem selepas tamat persekolahan satu ketika dulu.

So Bro ajak dia duduk sebelah dan bersembang buat macam xde pe2 yang berlaku (muka kena confident) sekali Bro rasa macam tersilap orang je.

Then Bro tanya nama dia dan facebook dia.

Ok, Fine…..

Rupanya dia nie awek yang selalu chat dengan Bro bertanyakan tentang blog etc. Sikit-sikit tanya Bro ada dapat jemputan dari syarikat “Nuffy” ke idak. Sedangkan waktu itu, Bro memang dah xde kaitan dengan Nuffy dah.

Dalam kepala otak Bro, ingatkan dia umur awal belasan atau awal 20an dan masih lagi student kolej/universiti.

Setelah beberapa lama berkenalan. Baru tahu umur sebenar dia dan rupanya dia dah beberapa tahun jadi engineer. Ok, amik bantal, tutup muka sat.

******** Ok itu sahaja ********

Di sini Bro ingin kongsikan beberapa gambar kami,

Blogger Deq Noor Majalah Libur

orang ketiga deqnoor fazrol amer broframestone

Blogger Deq Noor Nurul Siezuka

Pengomen Tegar Blog Deq Noor bagi tahun 2014

Blogger Dinner Dave's Deli

orang ketiga deqnoor fazrol amer broframestone

Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Ada masa, jemput datang baca blog beliau www.deqnoor.com

Bicara Bro : Sebenarnya, tak ada banyak pun gambar kami bersama or berdua.

Sebab selalunya, Bro amik gambar dia, dan dia amik gambar Bro. Tak sejak kami jarang berjumpa, dia suka amik gambar kasut, beg, makanan etc dan muat naik di laman instagram.com/deqnoor.

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Ulang Tahun ke-4 Pertama Kali Berjumpa Blogger Deq Noor

    1. Erm entah.. Masa paintball dekat Putrajaya kot. Tapi waktu tue dah add dekat fb kan? Lagi satu… dapat detect Yani ada komen dekat blog bro pada tahun 2010.. jeng jeng jeng

  1. pertama kali jumpa, duk sebelah plak tu time SBB…hohoho..comel manis orangnya..nasib la gua dah kawen..aduh..ahaha…yang best dia punya senyum..ececehh

    1. Ala masa dia duk sebelah gua dulu, gua belum kawen gak. Cuma kalau boleh nak elakkan ada pe2 hubungan dengan budak kolej/universiti he…23x (sedangkan waktu tue, xtau dia umur berapa)

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *