Mampukah Filem OlaBola Saingi Kutipan Filem Polis Evo?

Jumlah Kutipan Filem OlaBola Melebihi RM12 Juta
Semenjak ia ditayangkan pada 28 Januari 2016 lalu, Filem OlaBola hingga kini berjaya mencatatkan kutipan melebihi Rm12 juta dalam tempoh 18 hari tayangannya.

Tahniah Bro ucapkan kepada Astro Shaw atas kejayaan ini.

Hingga kini, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa sold out.

Paling ketara bila ia masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak ia ditayangkan.

Persoalannya,

Mampukah Filem OlaBola menyaingi kutipan box office oleh Filem Polis Evo yang juga terbitan Astro Shaw dan diproduksi oleh Tayangan Unggul?

Polis Evo Box Office Malaysia

Filem Polis Evo berjaya mengutip sebanyak RM17.30juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Secara tidak langsung mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekaligus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.

Sumber : Polis Evo Pecah Rekod Box Office Malaysia

Filem OlaBola

Filem OlaBola berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Filem OlaBola

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Astro Shaw bakal tampil dengan beberapa filem Aliff Dalam 7 Dimensi, Dukun Doktor Dani dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang akan ditayangkan pada tahun 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,118,332 total views, 863 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

17 responses to “Mampukah Filem OlaBola Saingi Kutipan Filem Polis Evo?”

  1. banyak baca review blogger pasal filem ni. katanya best! tapi saya masih tak berkesempatan nak menontonnya..rasanya dah lama sangat tak tengok wayang..semuanya layan dekat astro pestt je. hehehe

  2. Akubiomed says:

    Kira hebat juga kutipan sebanyak itu dengan membarisi pelakon baru.

  3. YANA YANI says:

    Rasanya boleh kot sebab ramai bagi feedback positif pasal filem ni
    lagipun tuk filem yang dibarisi pelakon baru, kutipan tu sangat impressive
    Berminat juga nak tengok, belum ada peluang aje

  4. hebat juga tu kiranya kan, bukan pelakon popular pun.

  5. akubiomed says:

    Boleh dikatakan kutipan yang membanggakan untuk filem yang rata-rata dibarisi pelakon baru dan bukan ternama.

  6. In shaa Allah mampu jika promosi berterusan. Seronok apa tengok filem kita bersaing :)

  7. oyong ilham says:

    Insya Allah filem ini akan berjaya

  8. yui says:

    kalau ramai yg tgk, tak mustahil..tp yui, dua dua tak tgk..heheh

  9. Suhimi Nain says:

    dah ramai cerita pasal filem ni, mungkin sebab aku tak minat bola kot. haha

  10. Dinegara mana pun..film sepak bola pasti seru..olah raga yg bisa menyatukan suatu bangsa adalah sepakbola.

  11. siti hazreen says:

    wah, dah berjuta-juta ye, kutipannya…tak sangka sebab tak ada artis popular pun boleh jual cerita nih…mungkin akan mencipta sejarah, siapa tahu kan??

  12. Sobri Mansor says:

    Tak berkesempatan untuk tengok filem ni. huhuhu. Best kata orang.

  13. Jie Susanos says:

    mungkin dpt pintas polis Evo ni..

    sedihnya gua tak tgk lagi..

  14. zik says:

    latok ong kim swee pun sarankan tengok cerita nih.. bagus ia meningkatkan semangat perpaduan diantara sesama kaum..

Leave a Reply

CommentLuv badge