Peluang Jalinkan Kerjasama Dengan BRO – Blog Retis Official

16,893,949 total views, 1,343 views today

Peluang Jalinkan Kerjasama Dengan BRO – Blog Retis Official

BRO - Blog Retis Official
Hampir setahun BRO – Blog Retis Official beroperasi.

Terima kasih kepada rakan-rakan retis, mahupun yang kurang retis kerana sudi memberi sokongan dan dorongan untuk kami bertapak kukuh hingga kini.

Sokongan dari anda semua, amat Bro hargai.

Asal Usul BRO – Blog Retis Official

Blog Retis Official diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi cerita terkini mengenai dunia retis di Malaysia.

Ianya bukan hanya memberi fokus pada golongan yang terpengaruh di laman sosial (blogger, facebook, twitter, instagram etc) bahkan mengetengahkan cerita dari golongan lain juga.

Hingga kini, terdapat beberapa pihak sudi berkerjasama dengan kami.

Kebanyakan kandungan yang dimuat naik di laman www.blogretis.com hadir dari perkongsian mereka di laman sosial. Ada juga kandungan dari hasil perkongsian melalui temubual Bro bersama mereka.

Malangnya, bukan semua artikle boleh dikeluarkan.

Jika ada artikle yang anda rasa tidak bersesuaian. Anda digalakkan hubungi Bro di laman facebook untuk tindakan selanjutnya. Sama ada untuk diubahsuai ataupun dikeluarkan dari laman Blog Retis Official.

BRO - Blog Retis Officila

Jalinkan Kerjasama Bersama Blog Retis

Blog Retis Official tidak mampu bertapak sekiranya tiada sokongan ataupun kerjasama dari rakan-rakan mahupun pembaca.

Bro juga tidak mampu mengendalinya seorang diri.

Oleh itu, Bro amat berbesar hati sekiranya ada diantara anda sudi berkerjasama dengan Bro dalam penambahbaikan Blog Retis Official mahupun mempelbagaikan kandungan disana.

Dalam masa yang sama, Bro harap ada pihak yang sudi berkerjasama dalam bentuk :-

  • Perkongsian artikle (tentang aktiviti anda, komuniti etc.)
  • Sumber informasi (informer)
  • Penajaan (pengiklanan, artikle berbayar)
  • Rakan Media bagi aktiviti atau event anjuran anda
  • Penulisan artikle (perkongsian pendapat / pandangan anda)
  • Projek Usahasama (tshirt, video etc)
  • Sudi Ditemubual (jangan lari bila nampak Bro)
  • Tukang baca
  • Hebahan tentang kewujudan BRO – Blog Retis Official
  • etc

Sekiranya anda berminat boleh hubungi Bro untuk perbincangan lanjut.

Jika anda mempunyai idea mahupun pandangan yang boleh diketengahkan dalam penambahbaikan BRO – Blog Retis Official, anda boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah.

Antara rakan yang sudi menulis tentang BRO – Blog Retis Official :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *