May 2, 2024

Filem Terbaru Upin Ipin – Jeng Jeng Jeng Menampilkan Puteri Balqis


Berita baik buat anak Bro dan juga peminat animasi No. 1 di Malaysia – Upin & Ipin.

Teaser filem terbaru mereka Upin Ipin – Jeng Jeng Jeng telah dimuat naik di laman Youtube Channel Les’ Copaque dimana menampilkan Pelakon Wanita Terbaik Asia – Puteri Balqis.

Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ini merupakan kerjasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios dengan memperkenalkan watak utama iaitu Puteri Balqis.

Bagaimana pun tidak dinyatakan bila filem ini bakal ditayangkan. Cuma dinyatakan ia tidak lama lagi.

Puteri Balqis Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Bro memang minat dengan Puteri Balqis dek lakonan mantap beliau yang boleh membuatkan penonton tersenyum ataupun menitiskan air mata.

Dalam teaser kita boleh nampak watak Balqis berinteraksi dengan watak Upin & Ipin yang seolah-olah hidup di dunia nyata. Pergerakan animasi yang nampak lebih realistik dan berbeza dengan siri.

Buat masa kini, tiada pengenalan watak-watak lain dan gambaran jalan cerita penuh. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : mohdzarin.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Filem Terbaru Upin Ipin – Jeng Jeng Jeng Menampilkan Puteri Balqis

  1. bukan senang tuh , lakonan sebenar upin ipin takda.. tapi buat2 macam ada.. bila dah edit baru dia letak upin ipin.. salute to puteri balqis

  2. lagi produk filem dari upin ipin..mesti terbaik ni.. KRU antara penggiat filem dengan CGI terbauik setakat ini di negara kita, dan Les COpaque syarikat animasi terbaik di Malaysia..bergabung, meletup,,heheh

  3. Assalammualaikum… bro,

    cerita upin ipin berkerjasama dengan pelakon cilik puteri balqis.. terbaik nie. Satu tarikan orang untuk ke pawagam bersama2 anak2.. kena tunggu nie. Mesti meletop pawagam..

    mselim3

Leave a Reply to Cik Ash Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *