Bro berkesempatan lepak di Nomster milik seorang kenalan kepada kenalan Bro yang terletak di Kota Damansara.
Baru 3 bulan beroperasi, berkongsi lokasi bersama Sangkaya Kota Damansara menjadikan ia tempat tumpuan pelangan yang ingin mencari kelainan.
Tak susah pun nak cari kedainya dimana ianya sebaris dengan Chatime. Banyak menyajikan hidangan manisan yang menarik dan enak untuk anda nikmati.
Antaranya :-
Gula Melaka Banana – RM12.50 per slice (Fav Bro)
Rasanya seakan kek pisang, lembut disertakan dengan pisang didalamnya. Amat enak dinikmati sebagai manisan. Jatuh hari pada gigitan pertama.
New York Cheese Cake – RM12.50 per slice
Hazelnutella – RM12.50 per slice
Cendol Cake – RM12.50 per slice (Fav Bro)
Satu lagi kek yang menarik minat Bro,
Di inspirasikan dari minuman kegemaran rakyat Malaysia yakni Cendol. Memang sedap dinikmati, i like it…..
Promosi : 1 Coffee + 1 Cake = RM20 di Nomster
Kini, di Nomster tengah mengadakan promosi, dimana anda boleh menikmati secawan kopi (boleh pilih dari senarai kopi yang disediakan) + 1 slice kek pada harga RM20.
Kopi yang mana pilihan anda?
Crush – Pure Cold Presses Smoothie @ Nomster
Di Nomster juga turut dijual Crush – Pure Cold Presses Smoothie pada harga RM10 sebotol yang dibuat 100% dari jus buah-buahan.
Anda boleh rujuk facebook.com/mycrushfoods untuk maklumat lanjut.
Nomster berkongsi kedainya dengan Sangkaya Kota Damansara menjadikan ia lokasi strategik dimana ianya sentiasa menerima pelangan setiap masa.
Nampak tak berapa ramai yang datang ke sini.
Sekaligus memberi menu tambahan buat pelangan yang datang ke Sangkaya.
Tampil dengan konsep kedai yang simple, boleh dijadikan lokasi untuk anda dating sambil menikmati menu yang disediakan di sini.
Di sini Bro kongsikan lokasi kedainya. Ada masa, boleh singgah ke sini.
Nomster @ Kota Damansara
25, Jalan PJU 5/10, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No Tel : 012-397 1169
Facebook : https://www.facebook.com/nomsterkd/
Bergambar bersama pemiliknya. Ramah orangnya :)
Bicara Bro : Sekiranya anda ingin menempak kek di sini. Anda boleh roger pemiliknya dua hari awal pada harga RM115 (kek +- 1Kg)
Meltingnya kek tu.. Huhuuu.. Kek ni status halal?
alamak aiiii, terliur tengok gambar2 kek tu hurmmm
cair tengok kek-kek yang sedap itu.
so dah ada option tetiba craving nak makan kek..harga pun tak mahal sangat.
Yes,our cake is halal,come over and try your favor..
dh nk tgh mlm tgk kek…dapnye…yummmm
Kalau lalu berhampiran boleh singgah-singgah. :)
yummy yummy. terliur tengok gula melaka banana tu
belanja gua sepotong kek pun jadi la bro..nampak sodap je tu
sedap pulak nampak kek tu
pehh..
kek dia memang feveret bini aku tu.
gabungan mantap la gula melaka dengan pisang tu,memang sangat menarik
Memang menarik, jatuh hati bila pertama kali merasainya